Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

[GALERI FOTO]

Pemimpin pertubuhan yang diharamkan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf), P Uthayakumar dipercayai ditahan mengikut Akta Polis dan Akta Pertubuhan, kata penasihat undang-undang Parti Hak Asasi (HRP) M Mahonaran.

rally proceeds to Pudu IPK police cordon Menurutnya, pemimpin Hindraf itu kini berada di Balai Polis Jinjang, ditahan dan disiasat mengikut seksyen 27(5) Akta Polis mengenai mengambil bahagian dalam perhimpunan haram dan seksyen 45 (1) Akta Pertubuhan yang berkaitan  pertubuhan yang tidak berdaftar.

Manoharan yang juga seorang peguam berkata ketua penerangan HRP, S Jayathas dan sembilan lagi pemimpin negeri-negeri parti itu turut ditahan di balai polis tersebut. Turut ditahan sejumlah penyokong HRP dan Hindraf.

Manoharan yang juga ADUN Kota Alam Shah berkata sejumlah penyokong parti dan kumpulan itu kini ditahan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak.

rally proceeds to Pudu IPK Bagaimanapun, beliau tidak pasti mereka itu ditahan mengikut peruntukan undang-undang mana.

"Saya tidak tahu di mengapa mereka ditahan. Kita masih belum membuat apa-apa perhimpunan... Kita hanya ingin berhimpun secara aman untuk pergi ke IPD Dang Wangi untuk membuat laporan polis mengenai novel Interlok.

Tidak ada demonstrasi

"Tidak ada demonstrasi. Kita berhimpun untuk membuat laporan polis," katanya ketika ditemui Malaysiakini di pejabat HRP petang ini.

Sehubungan itu, beliau mengecam tindakan polis yang menahan pemimpin dan penyokong kumpulan itu tanpa "memberi sebab atau alasan".

jinjang station gates 4 Manoharan turut memberitahu Malaysiakini bahawa baju Jayathas - yang memaparkan logo HRP -  telah dirampas oleh polis.

Walaupun diberi jaminan akan dibebaskan, Manoharan berkata, Jayathas memberitahunya bahawa dia tidak akan keluar sehingga bajunya sehingga dikembalikan oleh polis.

Sementara itu, exco kerajaan Selangor Dr Xavier Jayakumar berkata rakyat berbilang bangsa di negeri itu mengutuk sekeras-kerasnya tangkapan yang dibuat oleh polis menjelang perhimpunan di KLCC.

Dakwanya, tindakan tersebut "bakal menyemarakan kebencian masyarakat India terhadap regim Umno / BN" dan  "satu bentuk penindasan terhadap masyarakat India".

jinjang station gates 2 "Tindakan polis menahan secara besar-besaran ini jelas bertentangan dengan hak berhimpun seperti yang diperuntukan dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi negara.  

Bebas tanpa syarat

"Kerajaan Umno/ BN harus menghormati hasrat masyarakat India yang ingin menyatakan pendirian mereka dalam isu novel ‘Interlok’ dengan mengadakan perhimpunan secara aman di perkarangan KLCC tersebut," katanya dalam satu kenyataan.

jinjang station gates 2 Sehubungan itu, Xavier berkata  kerajaan Pakatan Rakyat  Selangor mendesak  Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein  membebaskan Uthayakumar dan penyokong lain “serta merta” tanpa sebarang syarat.

"Kita ingin tegaskan di sini bahawa dunia antarabangsa sedang memerhati tindakan kerajaan dalam menangani isu rakyat.

"Kerajaan harus diingat bahawa kebangkitan rakyat yang berlaku di Mesir, Tunisia, Bahrain dan sekarang ini di Libya adalah ekoran rasa tidak puas hati rakyat yang sekian lama ditindas oleh kerajaan," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS