Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hina Al-Qardhawi, Ikhwan Muslimin: Pakatan berang
Diterbitkan:  Feb 27, 2011 1:00 PM
Dikemaskini: 8:26 AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didesak supaya menarik balik tuduhan liar yang dilemparkan kepada gerakan Ikhwan Muslimin dan ulama terkenal dunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi

pas muktamar 070609 nasharudin mat isa 03 Timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata kenyataan Najib iu dilihat tidak cerdik serta memperlihatkan sikapnya sebagai seorang yang pro kuasa Barat.

“Saya berpendapat Najib harus menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf kepada gerakan Ikhwan Muslimin dan Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi segera.

“Jika tidak, beliau telah menunjukkan sikapnya sebagai seorang yang pro kuasa Barat dan takut untuk menzahirkan kebenaran,” kata Nasharudin.

Beliau yang juga ahli parlime Bachok itu mengulas laporan berita dalam laman web National Review Online yang memetik ucapan oleh Najib di Istanbul baru-baru ini yang mendakwa parti politik Ikhwan Muslimin terlibat dengan keganasan dan sifat ekstremis.

Menurut Nasharudin, - Dr Yusuf yang juga pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia adalah  seorang tokoh ilmuan yang sangat terkenal seluruh dunia.

“Bahkan segala usaha-usaha yang dilakukan olehnya mendapat pengiktirafan serta penghormatan yang tinggi,” katanya dalam satu kenyataan.

Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi Malah, sempena Ma’al Hijrah, dua tahun lalu, beliau berkata Malaysia telah menyampaikan Tokoh Ma’al Hijrah kepada beliau atas sifat peribadi unggul dan sumbangannya yang begitu besar dalam agama serta dunia Islam.

Menurutnya lagi Dr Yusuf juga selalu berkunjung ke Negara ini untuk menyampaikan ilmu serta bertemu dengan ramai individu, parti politik serta pihak-pihak tertentu.

“Ini membuktikan sifat beliau disenangi dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia,” katanya.

Jelasnya, Ikhwan Muslimin pula merupakan sebuah gerakan Islam yang sah di Mesir malah mereka turut terlibat dan berpartisipasi secara aktif dalam beberapa siri pilihan raya di negeri itu.

ikhwan muslimin Menyentuh kebangkitan rakyat di Mesir, Nasharudin berkata Ikhwan Muslimin berpendapat segala kerosakan dan pencerobohan yang berlaku adalah disebabkan tindakan kumpulan-kumpulan samseng yang bersengkongkol dengan pihak-pihak tertentu untuk menindas kemahuan rakyat.

Malah, katanya Ikhwan Muslimin turut memberikan penghargaan kepada seluruh tentera Mesir yang berkhidmat untuk menjaga keselamatan dan memelihara keamanan sepanjang tempoh revolusi yang berlaku.

“Ini membuktikan bahawa Ikhwan Muslimin tidak terlibat dengan sebarang bentuk provokasi dan strategi bagi melakukan keganasan dan kekacauan di Mesir,” ujarnya.

selangor pkr briefing azmin ali Sementara itu, timbalan presiden PKR, Azmin Ali dalam satu kenyataan media hari ini, juga  berkata Najib perlu memohon maaf daripada Dr Yusuf.

Katanya, kenyataan sembrono perdana menteri ke atas Dr Yusuf dan Ikhwanul Muslimin tsebenarnya tidaklah memeranjatkan kerana presiden Umno itu sememangnya teah perkakas kepada propaganda Israel yang mendapat dukungan daripada golongan ekstrim dalam dasar luar Amerika Syarikat.

“Kenyataan menolak penyertaan Ikhwanul Muslimin dalam menentukan haluan politik Mesir dan Timur Tengah hanyalah semata-mata bertaklid dengan pendirian Amerika Syarikat.

“Sebagai pemimpin negara yang menganggotai Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC), Najib telah menyinggung ulama tersohor dunia Islam dan seluruh warga Muslim di atas kenyataan tidak bertanggung jawab beliau di Istanbul, Turki yang dipetik oleh National Review Online pada 23 Februari 2011 bertajuk Malaysian PM: Muslim Brotherhood Must Renounce Violence or Be Left Out,” katanya.

Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi Menurut Azmin, demokrasi adalah proses politik yang bersifat inklusif dan proses politik yang menolak penyertaan sebahagian dari anggota masyarakat adalah bertentangan dengan semangat dan amalan demokrasi.

“Mereka yang berpandangan Ikhwan Muslim perlu dikeluarkan dari proses politik Mesir pasca Mubarak dan pasca rejim tentera adalah jahil terhadap sejarah politik Mesir dan aspirasi rakyat negara tersebut.

egypt revolution mubarak steps down huge crowd 1 “Ikhwan adalah sebahagian dari rakyat Mesir dan merupakan kumpulan yang paling sedar terhadap kezaliman rejim Mubarak dan keperluan demokrasi di Mesir,” katanya.

Menurut Azmin, kenyataan Najib yang mengaitkan Dr Yusuf  dengan keganasan dan terorisma menunjukan perdana menteri  telah dijadikan perkakas kepada propaganda Israel .

“Sheikh Yusuf adalah ulama yang paling tegas memperjuangan hak rakyat Palestin. Oleh itu, propaganda Israel dan penyokong-penyokongnya di Amerika cuba menggambarkan Sheikh Yusuf sebagai penyokong keganasan.

“Perdana Menteri harus sedar bahawa Sheikh Yusuf adalah ulama dunia Islam yang paling berpengaruh dewasa ini. Selama berdekad-dekad Sheikh Yusuf telah berjuang melalui tulisan dakwah beliau untuk melawan golongan ekstrimis dalam Islam dengan mengemukakan falsafah kesederhanaan (al-Wasatiah) dalam Islam.

NONE “Maka mengaitkan Sheikh Yusuf, yang juga Tokoh Maal Hijrah tahun 2009, merupakan satu kejahilan yang tidak boleh dimaafkan. Kerana keceluparan tersebut saya menuntut Perdana Menteri memohon maaf kepada Sheikh Yusuf Qaradhawi,” akhir azmin dalam kenyataannya itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS