Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Golongan muda cenderung sokong BN, kata Shabery
Diterbitkan:  Feb 27, 2011 9:54 AM
Dikemaskini: 1:59 AM

Golongan muda kini sudah menunjukkan kecenderungan menyokong  kerajaan BN yang memahami dan memenuhi kehendak golongan tersebut, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Ahmad Shabery Cheek di bukit selambau Beliau berkata golongan muda melihat kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai pemimpin yang banyak memberi inspirasi kepada mereka.

"Kalau dibandingkan dengan keputusan pilihan raya umum 2008 yang lalu, antara punca kekalahan BN (di negeri dan kerusi tertentu) ialah kurangnya sokongan daripada pengundi muda," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program sembang bersama pemimpin belia dan kembara promosi Hari Belia Negara 2011 di Merlimau Pasir dekat Jasin, malam semalam.

Ahmad Shabery berkata golongan muda kini menyedari bahawa Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipimpin oleh orang tua yang tidak sealiran dengan kehendak mereka.

Beliau percaya pengundi muda di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau akan menyokong BN pada pilihan raya kecil DUN itu pada 6 Mac depan.

    

NONE "Lebih-lebih lagi calon BN Roslan Ahmad, 44, adalah bekas aktivis belia, maka sudah tentu beliau faham dengan baik kehendak orang muda. Bagi saya tidak ada isu besar maka tidak ada sebab orang muda tidak bersama BN," katanya dengan menambah terdapat 39 peratus pengundi berusia antara 21 dan 40 tahun di DUN Merlimau.

Roslan, ditentang oleh calon PAS Yuhaizad Abullah, 38, bagi kerusi DUN Merlimau yang kosong berikutan kematian wakil rakyatnya daripada BN, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, pada 20 Jan lepas akibat serangan jantung.

Sementara itu, Ahmad Shabery menasihati para belia India supaya tidak menyertai perhimpunan haram yang dirancang pertubuhan yang diharamkan, Hindraf atau Hindu Rights Action Force, di Kuala Lumpur hari ini.

hindraf rally arrest Beliau berkata belia India tidak sepatutnya terpengaruh dengan Hindraf kerana isu yang mereka ketengahkan adalah tidak berasas, satu pembohongan dan tidak benar.

Katanya semua kaum di negara ini mempunyai isu tetapi kerajaan dapat menguruskan semua isu tersebut dengan baik.

"Perarakan di jalan raya tidak relevan di Malaysia," katanya sambil menambah bahawa perbuatan tersebut akan menjejaskan ketenteraman awam.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS