Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kerdau: MB nafi calon BN beli ijazah
Diterbitkan:  Feb 24, 2011 5:00 PM
Dikemaskini: 9:08 AM

Sekalipun tempoh kempen dan hari penamaan calon bagi DUN Kerdau belum bermula, calon BN sudah pun menjadi penyokong dan parti pembangkang.

    

NONE Syed Ibrahim Syed Ahmad dituduh menipu berhubung kelulusan akademiknya.

Beliau didakwa tidak lulus semasa belajar di Universiti Al-Azhar dan dituduh membeli ijazah dari universiti berkenaan.

    

Syed Ibrahim yang lebih dikenali sebagai 'Syed Ibra' di kalangan penduduk tempatan hanya tersenyum lebar ketika ditemui Bernama bagi mengulas perkara berkenaan.

    

"Biarlah apa orang nak kata, kita tak boleh ikut dia (penyokong dan parti pembangkang), dia macam-macam boleh kata, kalau kita jawab lebih pun tak guna.

"Biarlah rakyat tahu sendiri," katanya ketika ditemui, hari ini.

Beliau yang juga naib ketua Umno bahagian Kuala Krau adalah lulusan dari Universiti Al-Azhar dalam bidang Bahasa Arab.

    

Syed Ibrahim mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Kuala Krau dan di Sekolah Menengah Agama Al Khairiah Temerloh sebelum menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar pada 1989 hingga 1996.

    

azlan Beliau diumumkan sebagai calon BN oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa lepas.

    

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob ketika ditemui hari ini turut kesal dengan tindakan para penyokong PAS dan parti itu yang membuat dakwaan tidak berasas.

"Saya tengok sijil dia, kalau dia tak lulus tinggi, takkan saya nak ambil dia bekerja sebagai pegawai khas agama kepada menteri besar. Bodohlah saya ambil orang tak ada kelulusan.

    

"Tuduhan mengatakan dia tak ada kelulusan, itu satu pembohongan dan fitnah," katanya.

    

DUN Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lepas.

    

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan Sabtu ini sebagai tarikh penamaan calon manakala pengundian ditetapkan pada 6 Mac depan.

    

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS