Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS gesa Barat tak pandang serong gerakan Islam
Diterbitkan:  Feb 22, 2011 4:07 PM
Dikemaskini: 8:14 AM

PAS menyeru dunia Barat tidak memandang serong pada peranan gerakan Islam melakukan perubahan secara demokrasi dalam krisis Timur Tengah, khususnya di Libya.

"Dunia Barat juga tidak wajar mengamalkan sikap  double standard (pilih kasih) dalam mencadangkan penyelesaian kemelut di Asia Barat, kerana tindakan meminggirkan peranan gerakan Islam yang ingin bersama rakyat untuk melakukan perubahan secara demokrasi akan hanya merumitkan lagi penyelesaian ke arah keamanan sejati," kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang

Dalam kenyataan hari ini, parti Islam itu turut mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan kejam ke atas ratusan rakyat Libya yang turun ke jalan raya tanpa senjata bagi menuntut hak yang puluhan tahun dinafikan.

ceramah selamatkan malaysia pas shah alam 090111 hadi awang "Tindakan pihak keselamatan kerajaan di bawah pimpinan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang telah menggunakan senjata berat ke atas rakyat yang menunjukkan perasaan mereka adalah tindakan tidak bertamadun dan tidak patut berlaku pada zaman moden ini," katanya.

Abdul Hadi berkata, masyarakat antarabangsa, yang bermati-matian mempertahankan hak asasi, demokrasi dan perundangan wajar memberikan tekanan kepada kepimpinan Libya agar menghentikan segera kezaliman.

Beliau mencadangkan ditubuhkan badan siasatan bebas bagi menyiasat pembunuhan itu kepada mangsa pembunuhan oleh tentera dan polis Libya.

"Kepimpinan Libya yang telah menyekat hak rakyat  selama puluhan tahun ini pula wajar untuk melepaskan jawatan dan mengembalikan demokrasi yang tulen kepada rakyat," katanya lagi.

Krisis di Libya setakat ini menyaksikan penunjuk perasaan mengambil alih beberapa bandar manakala pasukan rejim dilihat berpaling tadah terhadap pemerintahan Muammar yang dilaporkan telah melarikan diri.

AFP , memetik Persekutuan Hak Asasi Manusia Antarabangsa (IFHR) yang berpengkalan di Paris, beberapa bandar termasuk Benghazi di Timur Libya ditawan selepas pasukan keselamatan keluar.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS