Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Projek gajah putih: Ali Rustam kata PAS menyibuk
Diterbitkan:  Feb 21, 2011 11:09 AM
Dikemaskini: 3:15 AM

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyifatkan PAS kini menyibuk apabila menyifatkan projek Melaka International Motorsport Circuit (MIMC) berhampiran Tol Plaza Ayer Keroh yang disita sejak Ogos tahun lalu sebagai projek 'gajah putih'.

NONE "Yang PAS nak sibuk-sibuk ni kenapa, mereka bukannya main go kart, mereka main fitnah. Kami orang muda main go kart jadi kerajaan negeri buatlah.

"Kita serahkan pengurusannya kepada sebuah syarikat yang biasa dengan sukan ini tetapi pihak pengurusannya iaitu sebuah syarikat dari Selangor gagal melunaskan beberapa bayaran sepatutnya termasuk sewa jadi kita rampaslah.

"Mereka tidak puas hati heret kita pergi mahkamah. Jadi kes itu sekarang masih dalam peringkat perbicaraan di mahkamah. Kita tidak bolehlah teruskan buat sementara menunggu perbicaraan.

"Apa salahnya kita tangguhkan sementara menanti keputusan mahkamah, siapa berani lawan mahkamah," katanya.

Menurut Mohd Ali hari kes berkenaan akan disebut pada 8 Mac ini.

NONE Mengenai dakwaan PAS mengenai Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka yang langsung tiada satu kapal terbang yang mendarat, jelas Mohd Ali ia adalah satu pembohongan yang nyata oleh parti pembangkang itu.

Sedangkan katanya, pesawat boieng 737 setiap minggu beroperasi yang menghubungkan beberapa destinasi penerbangan dari Melaka ke Kepulauan Riau, Indonesia.

"Ini membuktikan PAS seperti katak di bawah tempurung yang langsung tidak tahu perkembangan semasa, jadi bagaimana mereka hendak mentadbir negara," katanya.

merlimau Menurut ketua menteri itu, mengatasi empat negeri yang ditadbir pembangkang iaitu Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor dari pelbagai aspek termasuk kebersihan, kadar pengangguran, kemiskinan dan kemudahan infrastruktur.

"Mereka ini memang cemburu dengan pencapaian Melaka dan kalau boleh datanglah ke Melaka dan lihatlah sendiri," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS