Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Speaker DUN negeri Pakatan didakwa berat sebelah

Seorang pemimpin Umno mendakwa bahawa speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diperintah oleh Pakatan Rakyat bersikap berat sebelah terhadap wakil rakyat pembangkang.

arif shah ADUN Seberang Jaya Datuk Arif Shah (kiri) berkata layanan tidak adil itu telah menimbulkan rasa "tidak puashati" di kalangan wakil rakyat pembangkang.

Menurutnya, apabila speaker bersikap tidak adil, maka wakil rakyat tidak dapat membantah kerana speaker mempunyai kuasa "mutlak" di dewan.

"Kadang-kadang beliau menghukum kita secara salah; apabila pihak pembangkang mengajukan pertanyaan kepada exco negeri di sidang DUN, jawapannya tidak relevan tetapi speaker hanya kata 'duduk'," tambahnya.

Arif Shah juga mengeluh sewaktu satu sesi dialog semalam bahawa penyokong kerajaan (dari parti memerintah) mengambil peluang daripada perintah tetap dewan untuk menghalang wakil rakyat pembangkang daripada bercakap.

Arif berkata, situasi seperti ini hanya berlaku selepas pilihan raya umum Mac 2008, tidak seperti ketika BN memerintah negeri berkenaan.

Pada waktu itu, tambahnya, hanya ada seorang wakil rakyat pembangkang - Phee Booh Poh (DAP-Sungai Dua) - yang diberikan banyak peluang untuk bercakap.

Pada masa ini, katanya, hanya jika perkara tersebut membabitkan wakil rakyat Pakatan, maka mereka akan diberi peluang untuk menyampaikan pandangan mereka.

NONE Sementara itu, Speaker DUN Pulau Pinang, Abdul Halim Hussain (kanan), yang turut hadir di sesi dialog itu, mengulas pandangan Arif.

Katanya, jika kenyataan Arif itu dibuat di sidang dewan, beliau akan diminta menariknya balik, jika tidak, beliau - antara hukumannya - akan diarah keluar dewan.

Abdul Halim yang juga setiausaha PKR negeri dan ketua cabang Balik Pulau, dilantik sebagai speaker pada 2008.

Beliau bertanding kerusi Teluk Bahang tetapi tewas kepada bekas timbalan ketua menteri, Datuk Hilmi Yahaya dari Umno.

[Baca berita penuh]

 

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS