Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Liwat II: Bulu, seluar dalam, cadar dikemukakan

Pakar kimia Dr Seah Lay Hong hari ini memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau menjumpai kesan air mani pada seluar dalam berwarna kelabu dan seluar hitam yang digunakan oleh pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pada perbicaraan liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, Seah berkata kesan air mani itu dijumpai pada kawasan berhampiran zip seluar itu.

NONE Bagi seluar dalam itu pula, Seah yang kini mengetuai Unit Jenayah Berat, Jabatan Kimia berkata tompokan mani dikesan pada bahagian depan dan bawah.

Selain itu, satu lagi seluar dalam berwarna biru dan dua kemeja (berwarna putih dan hijau) juga dikemukakan sebagai bahan bukti.

Permaidani dan sehelai selimut yang dipercayai diambil dari kondominium Desa Damansara, tempat kejadian didakwa berlaku juga dikemukakan.

Seah juga mengakui tiada kesan air mani atau semen yang dijumpai pada barangan lain.

Pihaknya juga menjumpai bulu kemaluan yang tidak dikenali dari lokasi kejadian yang didakwa berlaku dan ia juga ditandakan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS