Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
2,688 kes denggi dilaporkan setakat 10 Feb
Diterbitkan:  Feb 15, 2011 7:03 PM
Dikemaskini: Feb 16, 2011 2:35 AM

Sebanyak 2,688 kes denggi dilaporkan di seluruh negara dengan enam kematian setakat Khamis lepas, kata Timbalan Menteri

Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Beliau berkata jumlah itu jauh berkurangan berbanding 5,848 kes dengan 20 kematian yang dilaporkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Sejumlah 46,171 kes denggi dilaporkan dengan 134 kematian sepanjang tahun lepas, katanya.

dengue malaria mosquito outbreak fogging 290905 "Walaupun terdapat penurunan dari segi jumlah kes dan angka kematian ini tidak bermakna kita boleh merasa selesa," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Program Gotong Royong Perdana di Kampung Pengalat Besar, dekat Papar hari ini.

Dalam perkembangan lain, Rosnah yang juga anggota Parlimen Papar berkata aktiviti gotong royong perlu dipergiatkan untuk memerangi nyamuk aedes.

“Program gotong royong ini mempunyai dua objektif yang cukup murni iaitu mengeratkan tali silatulrahim di antara semua yang terlibat dan menjadi pencetus kepada usaha membudayakan aktiviti gotong royong dan pengenalan pembersihan

sebagai amalan kehidupan masyarakat kita,” katanya.

Rosnah berkata kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk menghapuskan nyamuk aedes dan mengurangkan insiden jangkitan demam denggi dengan meningkatkan pengetahuan serta menterjemahkan kesedaran tentang bahaya demam denggi kepada aktiviti pencegahan secara berterusan.

--Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS