Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Polis menahan sekurang-kurangnya 30 anggota Parti Hak Asasi Manusia (HRP) di Perak dan Selangor dalam tindakan terhadap konvoi yang mempromosi perhimpunan anti-rasis yang bakal diadakan.

Enam ditahan di balai polis Jelapang, Ipoh manakala lima lagi ditahan dekat Jalan Templer di Selangor, ketika polis mengadakan sekatan jalanraya untuk menghalang konvoi tersebut.

HRP Convoy 1 Kamera seorang anggota program wartawan rakyat Malaysiakini yang menyertai konvoi di Selangor, dirampas darinya dan dipukul dipukul di muka, oleh seorang lelaki yang dipercayai anggota polis preman.

Di Perak, polis dikatakan 'amat kasar' terhadap anggota HRP ketika ditangkap.

Seorang saksi, ketika dihubungi mendakwa, anggota polis menunjuk penumbuk dan mengancam untuk memukul (anggota HRP).

Enam orang yang ditahan di Perak - - iaitu ketua HRP Perak, P Ramesh; timbalannya, N Subramaniam dan empat lagi anggota HRP Perak - didakwa menghalang anggota polis yang bertugas.

NONE

Mereka dibebaskan pada kira-kira jam 3 petang dengan jaminan polis.

Konvoi yang sama turut diadakan di Johor, Negri Sembilan dan Kedah.

Menurut ketua penerangan HRP, S Jayathas - yang sempat dihubungi sejurus sebelum dia ditahan bersama ketua HRP Selangor, K Selvam

dan tiga orang lain - polis juga mengadakan sekatan jalan raya di Rawang.

"Mereka hanya memberhentikan kereta kami, bukan pengguna jalan yang lain. Kami buat protes kecil dan mereka membenarkan kami lalu.

"Kami mempunyai hak untuk menggunakan jalan. Mereka hanya boleh memeriksa cukai jalan dan lesen pemandu kami," kata Jayathas, yang kini ditahan di balai polis daerah Selayang.

NONE Kira-kira jam 3 petang, aktivis HRP dalam konvoi tiga buah kereta ditahan polis sejurus selepas keluar dari kenderaan mereka di Bangsar Utama, Kuala Lumpur.

Dua puluh aktivis itu baru sampai dari Brickfields apabila polis menahan mereka. Mereka kini ditahan di balai polis Travers.

Dalam satu sidang akhbar kemudiannya, OCPD Brickfields Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, 21 orang ditahan dan dibawa ke balai polis Travers kerana mereka menganggu lalulintas dan bergerak dalam kumpulan yang ramai.

Katanya, 21 tahanan akan merakam kenyataan mereka yang ditahan mengikut Seksyen 27 Kanun Keseksaan.

Mereka yang ditahan itu terdiri daripada 15 lelaki dan lima wanita yang berusia 40 tahun ke atas, dan seorang budak lelaki berumur 10 tahun.

NONE "Kita berharap dapat membebaskan mereka atas jaminan polis hari

ini," katanya.

Turut dirampas ialah 55 poster, 10 bendera dan 200 risalah.

"Kita juga akan pulangkan kereta mereka apabila kita bebaskan mereka," tambahnya.

Sementara itu, terdapat juga laporan bahawa tangkapan turut dibuat di Kedah, Negeri Sembilan dan Johor.

Ini termasuk kira-kira 32 orang yang ditahan di Seremban dan dibawa ke balai polis daerah di sana. Antara yang ditahan ialah ketua HRP Negeri Sembilan, S Sivakumar.

Semalam, HRP menyuarakan kebimbangannya terhadap tindakan polis itu selepas polis Perak memberi amaran  kepada mereka supaya jangan meneruskan konvoi tersebut.

[Baca berita penuh]

ADS