Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kurikulum sejarah: Fakta sebenar perlu diutamakan
Diterbitkan:  Feb 13, 2011 10:34 AM
Dikemaskini: 2:35 AM

Kementerian Pelajaran perlu memperkukuhkan kurikulum Sejarah di sekolah dengan memastikan penulis buku sejarah sentiasa mengutamakan fakta sebenar khususnya berkaitan tamadun dan perjuangan orang Melayu.

Ini adalah antara tujuh perkara yang termaktub dalam resolusi yang bertemakan 'Menakhodai Perubahan Generasi Dalam Mengekalkan Kedaulatan Negara  Bangsa' yang dicapai pada Simposium Dilema Melayu yang dianjurkan oleh Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi) di Kuala Lumpur, malam semalam.

Presiden Aspirasi Mohd Shahar Abdullah yang membaca resolusi itu pada majlis makan malam sempena simposium tersebut turut berkata ahli politik Melayu juga perlu menguasai sejarah negara dan informasi terkini bagi melaksanakan penyatuan Melayu atas kepentingan negara bangsa dan mengenepikan perbezaan ideologi.

"Resolusi ini akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam masa terdekat untuk perhatian kerajaan," katanya.

Kira-kira 2,000 orang menghadiri simposium itu termasuk pemimpin mahasiswa serta anggota kelab Umno luar negara.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS