Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mubarak undur, tentera ambil alih Mesir
Diterbitkan:  Feb 12, 2011 12:39 AM
Dikemaskini: Feb 12, 2011 3:22 AM

Presiden Mesir Hosni Mubarak akhirnya meletakkan jawatan dan meminta pihak tentera mentadbir negara itu, umum naib presiden  Omar Suleiman.

egypt revolution mubarak steps down crowd in square 1 Kenyataan ringkas di stesen televisyen nasional itu dibuat sehari selepas Mubarak bertegas tidak akan melepaskan jawatannya.

Berita pengundurannya itu disambut meriah oleh lebih sejuta rakyat Mesir yang berkumpul di Dataran Tahrir di Kaherah.

Presiden dan keluarganya sebelum itu dilaporkan meninggalkan istana presiden di ibu negara ke Resort Laut Merah Sharm el-Sheihh.

Lelaki yang menerajui Mesir selama 30 tahun dan terlepas dariapda enam cubaan membunuh akhirnya terpaksa akur pada kehendak rakyat yang mahukan perubahan.

egypt revolution mubarak steps down women 1 Mubarak, 82, meletakkan jawatan hari ini selepas 18 hari protes antikerajaan tanpa gangguan - terbesar pernah dilangsungkan di negara itu.

Mubarak terhindar daripada banyak serangan sebelum ini tetapi suara rakyat akhirnya membuktikan sesuatu.

Enam kali pembunuh upahan cuba menamatkan riwayatnya. Perang sampai ke pintu rumah.

Jiran mengebom negaranya. Kerajaan pimpinannya hampir muflis. Aktivis berulang kali menyumpahnya di jalan raya. Tetapi Mubarak selama itu terus juga berkuasa.

egypt revolution mubarak steps down flag 1 Kebanyakan rakyat Mesir masih belum dilahirkan apabila pendahulunyanya Anwar Sadat dibunuh pada 1981.

Mubarak, ketika itu naib presiden, hanya beberapa meter daripada Sadat, dan turut terkena tembakan di tangan.

Beliau mengangkat sumpah sebagai presiden lapan hari kemudian, pada 14 Oktober 1981.

--dpa


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS