Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Amaran keras tidak lepaskan tanglung Kong Ming
Diterbitkan:  Feb 10, 2011 4:31 PM
Dikemaskini: 8:38 AM

Kementerian Pengangkutan hari ini memberi amaran keras kepada orang ramai supaya tidak melepaskan tanglung jenis Kong Ming kerana boleh menjejaskan keselamatan pesawat.

Timbalan menterinya, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata tanglung Kong Ming itu boleh diterbangkan angin hingga ke ketinggian 1,800 meter dan ini boleh mengakibatkan kebakaran dan letupan jika berlanggar dengan pesawat di udara.

malaysian chinese community people 170807 lantern making "Tanglung jenis ini yang mempunyai api itu bukan sahaja boleh membahayakan pesawat, ia juga boleh mengakibatkan kebakaran bangunan," katanya kepada pemberita selepas melawat Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas di Georgetown hari ini.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan mengenai bahaya penggunaan tanglung itu yang dijual dengan harga RM20 di tepi jalan Persiaran Gurney di Georgetown sejak beberapa hari lalu.

"Tanglung jenis ini telah diharamkan di negara ini dan juga di negara lain seperti Hong Kong dan Singapura," kata Abdul Rahim.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob dilaporkan berkata sesiapa yang didapati melanggar peraturan itu boleh dipenjara atau didenda menurut Seksyen 285 Kanun Keseksaan dan Seksyen 5 Akta Bahan Letupan 1957.

- Bernama

ADS