EKSKLUSIF Setelah menerima geran bantuan RM100 juta daripada kerajaan, sebuah universiti swasta 'utama' tidak dapat memenuhi sasaran pendaftaran pelajar dan kini hampir tidak cukup wang untuk bertahan setahun lagi.
Bahkan, kata ketua pegawai eksekutifnya, Leong Choon Heng,
universiti itu kini tinggal "kurang dari RM10 juta" dan terpaksa mengambil langkah pemotongan kos yang agresif untuk terus bertahan.
Beliau memberitahu demikian ketika menjawab pertanyaan selepas Malaysiakini mendapat maklumat mengenai situasi semasa universiti berkenaan.
Ditubuhkan pada 2001 oleh senator dan bekas menteri kabinet, Datuk Effendi Norwawi, Malaysian University of Science and Technologi (MUST) sepatutnya menjadi sebuah universiti terkemuka dengan kerjasama Massachusetts Institute of Technologi (MIT).
Universiti tersebut menerima geran tersebut secara ansuran antara Januari 2001 dan 2006, menerusi MUST Ehsan Foundasan. Effendi telah menjadi pemegang amanah yayasan tersebut sejak tahun 2001.
Tetapi selepas 10 tahun berlalu, universiti tersebut masih jauh untuk
mencapai sasaran tahun 2007 - untuk mendaftar 500 pelajar - dengan hanya memperolehi 207 pelajar.
Begitu pun, sebahagian besar daripada pelajar tersebut merupakan mereka yang didaftarkan untuk meningkatkan jumlah pendaftaran selepas universiti itu hanya mendaftar 10 pelajar pada 2007.
Sewaktu bekas ketua eksekutifnya, Tan Sri Dr Omar Abdul Rahman - yang meletak jawatan pada bulan Mac - dan pernah menjadi penasihat sains dan teknologi kepada perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, universiti tersebut tidak mempunyai banyak aset fizikal.
Universiti itu terletak di lot pejabat di Kelana Square, kerana rancangan awal untuk sebuah kampus melalui MUST Ehsan Development, telah ditangguhkan.
MUST Ehsan Development - anak syarikat tersenarai Kumpulan
Encorp yang dibiayai oleh Effendi - sepatutnya membangunkan kawasan di sekitar tapak untuk kampus universiti tersebut di Shah Alam.
Pendapatan daripadanya akan digunakan untuk membiayai pembinaan kampus dan aktiviti lain universiti tersebut.
MUST Ehsan Development mempunyai portfolio projek bernilai RM800 juta, termasuk projek pembangunan campuran yang digelar 'the Strand' di Kota Damansara. Bagaimanapun, ia tidak ada apa-apa kaitan dengan Yayasan atau MUST.