Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Akta sisa dikuatkuasa walaupun ada tak setuju
Diterbitkan:  Feb 7, 2011 2:14 PM
Dikemaskini: 6:20 AM

Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 atau Akta 672 dijangka mula dikuatkuasakan April depan, walaupun terdapat negeri yang tidak menerima dasar penswastaan pengurusan sistem pepejal yang ditetapkan kerajaan Pusat.

mca new cabinet member 180308 chor chee heung Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung berkata, apabila akta itu dikuatkuasakan barulah kerajaan dapat menguatkuasakan pelaksanaan penswastaan perkhidmatan kutipan sisa pepejal isi rumah dan pengambilalihan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan sepenuhnya dan dijalankan berdasarkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) di seluruh Semenanjung.

Katanya, penswastaan perkhidmatan kutipan sisa pepejal ketika ini yang telah diputuskan kerajaan sejak 15 tahun lalu, masih berada di tahap interim yang menyebabkan ia berhadapan dengan pelbagai masalah dan kekangan.

"Bila Akta 672 dikuatkuasakan, kita akan ada KPI yang turut melibatkan pemantauan yang berterusan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam. Waktu itu pengurusan sisa pepejal akan dijalankan dengan lebih lancar dan diyakini semua rakyat.

alam flora waste management 120609 06 "Ketika ini saya terima banyak aduan mengenai masalah pengurusan sisa pepejal. Saya minta jasa baik kerajaan-kerajaan negeri untuk terima keputusan yang ditetapkan 15 tahun lepas, iaitu penswastaan pengurusan sisa pepejal.

“Kita mahukan sistem yang seragam dan lebih sistematik,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kompaktor baru syarikat Environment Idaman (E-Idaman) Sdn Bhd dan penyerahan tong sampah baru kepada PBT Kedah di Alor Setar hari ini.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS