Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ops Piramid tiada unsur politik, kata Najib
Diterbitkan:  Feb 7, 2011 1:06 PM
Dikemaskini: 6:12 AM

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata operasi menyelamat pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir menerusi Ops Piramid, merupakan misi untuk kepentingan negara dan tiada unsur politik.

najib egypt democracy crisis Perdana Menteri berkata kerajaan akan melakukan apa sahaja untuk membawa pulang rakyat Malaysia di Mesir, berikutan keadaan yang tidak menentu di negara berkenaan.

"Kerajaan mengambil keputusan dalam apa jua keadaan, kita akan melancarkan misi menyelamatkan pelajar-pelajar dan warga Malaysia.

"...dan misi ini sebagai misi untuk kepentingan negara. Tidak ada pertimbangan politik sama sekali... tidak kira pertimbangan ideologi, asalkan mereka ini warga Malaysia, mereka mesti diselamatkan dengan kadar yang segera,"

katanya.

NONE Beliau berkata demikian ketika menyambut kepulangan kumpulan pertama 778 pelajar dan rakyat Malaysia, yang dibawa keluar dari Mesir menerusi Ops Piramid melalui Jeddah di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang hari ini.

--Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS