Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PM: Jangan kaitkan dengan pergolakan negara lain
Diterbitkan:  Feb 7, 2011 7:29 AM
Dikemaskini: Feb 7, 2011 4:24 AM

Rakyat Malaysia perlu menolak hasutan mana-mana pihak yang cuba mengaitkan pergolakan di negara-negara lain dengan keadaan di Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Miri, malam tadi.

Beliau berkata keadaan tidak stabil yang berlaku di beberapa buah negara lain ketika ini tidak boleh disamakan dengan keadaan di Malaysia yang selama ini ditegakkan oleh semangat satu keluarga yang besar.

protest against hosni mubarak us embassy kuala lumpur crowd 1 Katanya Malaysia dibina dengan berpaksikan dasar yang adil dan saksama bagi membolehkan peluang yang seluas-luasnya dapat diberikan kepada setiap rakyat untuk mengecapi kehidupan yang lebih baik.

Menurutnya peluang ini membolehkan kekayaan negara dapat diagih secara saksama di mana golongan yang lebih berada dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik.

"Kita tidak perlu buat perkara seperti itu (mengwujudkan pergolakan) sebab semangat satu keluarga ini sudah kita tanam selama ini," katanya semasa berucap dalam Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina, yang dirasmikan oleh Yang

Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin di Dataran Kipas Bandaraya Miri.

Najib berkata di bawah semangat ini, setiap rakyat mempunyai bahagian kepentingan mereka dalam negara.

Menyentuh pemilihan Miri sebagai tuan rumah sambutan Tahun Baru Cina peringkat kebangsaan tahun ini, Najib berkata bandar raya ini menunjukkan keunikannya menyatukan lebih 27 kaum untuk hidup bersama dan menjadi lambang 1Malaysia.

protest against hosni mubarak us embassy kuala lumpur arrest man 1 Beliau berkata kejayaan rakyat pelbagai kaum di sini untuk hidup dalam harmoni selama ini membolehkan mereka mendokong aspirasi gagasan 1Malaysia, dan menurutnya sebelum konsep 1Malaysia menjadi gagasan negara, sebenarnya Miri dan

Sarawak keseluruhannya sudahpun mencerminkan kegemilangan konsep 1Malaysia itu.

Dalam majlis itu, Najib menyampaikan sumbangan derma sebuah syarikat pemaju perumahan kepada Tabung Pendidikan Parti Bersatu Rakyat Sarawak dan Tabung Pendidikan Dayak, yang masing-masingnya menerima RM500,000.

Beliau turut menyampaikan sumbangan komputer riba 1Malaysia kepada 30 pelajar serta sumbangan angpau kepada lima orang penggiat seni veteran dan tiga orang penggiat seni remaja.

Najib yang diiringi isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor sebelum itu membuat tinjauan mesra ke tiga kedai di Jalan Yu Seng Utara yang berdekatan dengan Dataran Kipas Bandaraya Miri.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, kedua-dua Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr George Chan dan Tan Sri Alfred Jabu serta beberapa anggota kabinet Persekutuan dan Negeri turut hadir di majlis itu.

--Bernama

ADS