Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PM umum RM20 juta untuk Masjid Kg Baru
Diterbitkan:  Feb 5, 2011 7:54 PM
Dikemaskini: 1:49 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM20 juta bagi membiayai pengubahsuaian Masjid Kampung Baru di Kuala Lumpur.

Najib berkata peruntukan tersebut akan disalurkan melalui syarikat pembangunan strategik milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad.

Katanya, pembiayaan ke atas masjid itu adalah langkah pertama ke arah pembangunan kawasan yang didiami majoriti penduduk Melayu itu.

Jelasnya, kawasan Kampung Baru akan dibangunkan dengan menukar status hartanah berkenaan kepada kawasan komersil bagi meningkatkan nilainya.

Tambahnya, penukaran status tanah di kawasan itu kepada status komersil akan diteliti oleh Perbadanan Kemajuan Kampung Baru yang akan dibentuk.

Katanya, badan berkenaan merupakan satu badan kerajaan dan wakil penduduk kampung itu akan dilantik ke lembaganya bagi memastikan ketelusan dan kepentingan penduduk kampung itu dijaga.

Tegasnya, tidak ada pihak ketiga yang akan dibenarkan mendapatkan keuntungan daripada aktiviti pembangunan di kawasan itu.

Katanya lagi, penduduk di kawasan itu tidak perlu berpindah apabila pembangunan dijalankan kelak.

Langkah berkenaan ditetapkan bagi semua pembangunan yang akan dijalankan di kawasan itu.

[Baca berita penuh]

ADS