Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Demonstrasi anti-Mubarak: Polis tembak meriam air
Diterbitkan:  Feb 4, 2011 3:59 PM
Dikemaskini: 3:09 PM

Polis melepaskan tembakan meriam air ke atas kira-kira 3,000 rakyat Malaysia yang menyertai perhimpunan di luar kedutaan Amerika hari ini, menuntut supaya Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletak jawatan.

protest against hosni mubarak us embassy kuala lumpur crowd 1

Selepas solat Jumaat di Masjid Al-Shakireen Masjid di taman KLCC dan masjid Tabung Haji di Jalan Tun Razak, para jemaah berarak membawa kain rentang yang mengecam Presiden Mesir, Hosni Mubarak.

Dengan memanggilnya "Yasqut Mubarak" (Mubarak turun!) Dan "Yahya al-Sha`ab! "(hidup rakyat!), kedua-dua kumpulan tersebut berarak menuju ke Jalan Tun Razak.

Mereka menuju ke arah Kedutaan Amerika beberapa ratus meter dari masjid Tabung Haji di mana mereka berusaha untuk menyerahkan memorandum kepada pegawai kedutaan tersebut.

Ketua polis Dang Wangi, ACP Mohd Zulkarnian Abdul Rahman berkata, berkata, lapan orang ditahan selepas gagal bersurai apabila diarahkan berbuat demikian.

Ada yang ditahan di dalam kompleks Tabung Haji. Sekurang-kurangnya tiga orang ditahan sewaktu mereka berarak dari Masjid Syakireen menuju ke kedutaan Amerika

protest against hosni mubarak us embassy kuala lumpur arrest man 1 Antara mereka yang berarak ke kedutaan Amerika ialah exco Dewan Pemuda PAS, Ridhuan Mohd Nor, yang menyerahkan memorandum bantahan kepada kedutaan Amerika yang menyokong kerajaan Mubarak.

Pemimpin lainnya termasuk ahli parlimen PAS Kubang Krian, Salahuddin Ayub; ahli jawatankuasa pusat PAS, Mohamad Sabu dan ketua cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin.

 

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS