Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
6,000 nyamuk GM dilepaskan di Bentong
Diterbitkan:  Jan 26, 2011 6:13 PM
Dikemaskini: 10:22 AM

Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah melepaskan 6,000 nyamuk Aedes Aegypti jantan bebas kuman jenis OX513A yang diubah suai secara genetik (GM) di satu kawasan hutan tanpa penghuni berhampiran Bentong pada 21 Dis lalu untuk tujuan penyelidikan.

aedes mosquito 180910 aedes mosquito IMR berkata langkah itu yang bertujuan mengkaji penyebaran dan tempoh hayat nyamuk berkenaan di lapangan juga melibatkan nyamuk serupa daripada jenis liar dilepaskan di kawasan itu untuk tujuan perbandingan.

"Uji kaji itu selesai pada 5 Jan. Proses pengasapan dibuat pada 6 Jan untuk membasmi semua nyamuk berkenaan dan pemantauan akan diterus dibuat hingga dua bulan jika perlu," kata institut itu dalam satu kenyataan.

IMR berkata pelepasan nyamuk itu ditunda dari jadual asalnya kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

dengue malaria mosquito outbreak fogging 290905 Ia juga berkata tiada pelepasan baru dirancang sehinggalah tempoh pemantaun pasca percubaan selesai dilaksanakan mengikut garis panduan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Hasilnya dibuat analisis dan disiarkan dalam jurnal sains serta mesyuarat untuk diulas oleh pihak berkepentingan.

Uji kaji itu dijalankan selepas penilaian secara menyeluruh dibuat tentang nyamuk berkenaan di makmal IMR dan penelitian ketat dilakukan terhadap aplikasi yang digunakan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS