Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kerajaan masih jauh daripada bersedia untuk meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) 1984, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini.

Katanya, cadangan pindaan itu masih lagi "pada tahap sangat awal" dan malah, ia belum pun lagi diputuskan apa sebenarnya perubahan yang hendak dibuat.

NONE Beliau berkata, belum ada yang telah dimuktamadkan dan sebarang

pandangan akan terlebih dahulu dibawa ke jawatankuasa memperkukuhkan komunikasi kerajaan.

Beliau memberitahu demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat pertama jawatankuasa tersebut bagi tahun ini.

Semalam Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam berkata kementeriannya akan membuat pindaan terhadap akta tersebut supaya menjadi lebih komprehensif dan tidak terhad kepada bahan cetak semata-mata.

Mahmood berkata, pihaknya telah meminta Jabatan Peguam Negara mengkaji definisi penerbitan dalam akta itu sama ada ia boleh meliputi terbitan dalam bentuk multimedia termasuk kandungan internet, Facebook dan perisian.

Ini telah mencetuskan bantahan di kalangan ahli politik pembangkang dan para wartawan, tetapi Hishammuddin menegaskan mereka yang menentang rancangan itu, tidak tahu apa yang hendak dipinda.

Malah, kata beliau, pihaknya juga tidak tahu apa perubahan yang akan dilakukan, atau mungkin peruntukan yang ada akan dilonggarkan.

Hishammuddin berkata, cadangan pindaan itu tidak dibincangkan dalam mesyuarat hari ini.

VIDEO | 2.20 mins

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS