Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pakatan Rakyat hari ini menerima tamparan apabila anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, Ng Lum Yong menyertai MCA.

Setelah berkecimpung 25 tahun dalam politik, Ng mendakwa tidak kurang seribu lagi anggota PKR akan menjejaki langkahnya itu.

NONE Beliau juga membidas Datuk Seri Anwar dan berkata matlamat PKR yang dahulunya memperjuangkan keadilan kini telah bertukar bagi kepentingan ketua umum PKR.

"Saya telah saksikan bagaiaman ia berubah sepanjang 12 tahun saya bersama parti. Perjuangannya tanpa agenda, hari ini ia hanya mengenai seorang individu yang bernama Anwar Ibrahim," kata Ng.

Katanya, sejak penubuhan PKR 12 tahun lalu, parti itu mempunyai pelbagai agenda termasuk reformasi, agenda perubahan, Malaysia Baru, Selamatkan Malaysia dan Reformasi ke Putrajaya yang dilihat mengelirukan dan tiada matlamat yang tetap.

'Anwar Ibrahim itu hebat'

"PKR sudah tidak ada agenda perjuangan yang tetap... Kerana Anwar Ibrahim itu hebat. Di dunia ini tidak ada satu parti, pemimpinnya tidak perlu dipilih dalam proses pemilihan. Dia (pegang jawatan ketua) seumur hidup.

pkr founder ng lum yong joining mca "Dia sebut dia ketua umum, tapi dia bukan ketua umum, dia ketua ketuanan PKR, kerana semua proses pemilihan apa jawatan pun mesti dipersetujui oleh dia dan majlis tertinggi parti tidak ada kuasa," katanya.

Hadir bersama pada majlis ini, adalah bekas ketua pemuda PKR, Mohd Ezam Mohd Noor.

Mohd Ezam berkata tindakan Ng untuk keluar daripada PKR membuktikan bahawa hari ini hampir semua 30 anggota pertama yang juga merupakan pengasas parti itu termasuk dirinya

sudah keluar akibat sudah tidak percaya kepada parti.

pkr founder ng lum yong joining mca "Hampir 90 peratus pengasas PKR itu sudah tidak ada dan antara pengasas parti Keadilan  adalah saudara Ng Lum Yong, yang merupakan pemimpin utama masyarakat Cina yang bersama kita mengasaskan PKR.

"Jadi saya mahu beritahu kepada pengundi-pengundi di DUN (Dewan Undangan Negeri) Tenang ini kalau pengasas-pengasas parti pun sudah tidak percaya parti, anda yang tidak tahu tentang parti (PKR) baik jangan dengarlah," katanya.

Tiada jawatan

Borang penyertaan Ng menyertai MCA diserahkan kepada presiden parti itu, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang mengalu-alukan hasrat Ng tersebut.

"Sebenarnya selepas pemilihan parti pada tahun lepas, sehingga bulan Disember tahun lalu, MCA telah terima 17,370 ahli baru. Kita rasa bangga kerana daripada jumlah itu, 60 peratus merupakan golongan belia dan mereka yang berumur bawah 40 tahun," katanya pada sidang media di bangunan MCA di Labis.

NONE Menurut Dr Chua, beliau percaya penyertaan Ng dibuat kerana beliau menyokong agenda perjuangan parti berkenaan.

Beliau berkata MCA bersikap terbuka dan sesiapa sahaja yang berketurunan Tionghua boleh menjadi anggota parti itu.

Dr Chua berkata penyertaan Ng dalam MCA bakal menghantar satu isyarat yang jelas bahawa parti pembangkang semakin kehilangan pengaruh selepas kejayaan mereka pada pilihan raya umum 2008.

"Kita tidak tawarkan apa-apa jawatan kepada Ng. Beliau hanya diterima sebagai ahli biasa. Kami bukan macam parti lain yang menawarkan pelbagai jawatan untuk mana-mana ahli politik menyertai parti mereka," katanya.

ADS