Setelah diberi tempoh 24 jam daripada PAS supaya membuktikan kenyataannya bahawa calon PAS, Normala Sudirman mempersoalkan pemilik kedai bukan Islam berhubung penjualan arak, ahli parlimen Labis, Chua Tee Yong cuba berdolak-dalih.
Jika pagi semalam, Chua berkata kepada sebuah portal berita beliau tetap dengan kenyataanya tetapi enggan menamakan pemilik kedai berkenaan tetapi pada lewat petang, Chua menukar nadanya.
Laporan The Malaysian Insider memetik Chua sebagai berkata,” Sudah tentu, saya tidak boleh menamakan kedai itu, pemiliknya tidak mahu dikenali”.
Namun apabila diasak wartawan di sebuah majlis ketika kempen pilihan raya kecil Tenang di Labis, Chua memberi jawapan dalam versi yang berlainan.
"Semasa berkempen, ada pengundi tanya sama ada penjualan arak akan terjejas jika calon PAS dipilih, saya jawab mungkin.”
Berikutan kenyataan itu, PAS memberi Chua 24 jam bagi membuktikan bahawa Normala mempersoalkan jualan arak ataupun berhadapan dengan saman fitnah jika gagal berbuat demikian.
Menurut sebuah laporan China Press , Chua dilaporkan berkata, "Mengikut maklumat yang saya terima, semasa kempen Normala, dia bertanya kepada seorang pemilik kedai kopi mengapa bir dijual. Pemilik kata itu adalah haknya untuk berbuat demikian.”
"Kami mahu beliau (Chua) memberikan nama kedai kopi itu (dan juga), tarikh dan masa Normala berkata demikian sebelum tengahari (esok).
"Jika tidak, kita akan memfailkan saman fitnah ke atasnya,” kata timbalan pesuruhjaya PAS Johor yang juga penyelaras pilihan raya kecil parti itu, Dzulkefly Ahmad, kepada wartawan.
Chua berkata beliau belum membaca laporan China Press kerana sibuk dengan kemp[en pilihan raya kecil.
"Saya mesti tunggu surat dari mereka (PAS) sebelum boleh beri ulasan.”
Diasak wartawan, Chua berkata, beliau tidak secara langsung menafikan laporan berkenaan tetapi meminta wartawan melaporakan apa yang dikatannya.