Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Presiden NUJ sakit dada, tak hadir siasatan dalaman
Diterbitkan:  Jan 25, 2011 10:53 AM
Dikemaskini: 3:02 AM

Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari hari ini terpaksa mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Islam, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur kerana sakit dada.

“Saya ada di wad kecemasan. Sakit dada dan blood sugar (kandungan gula dalam darah) naik mencanak. Tengah tunggu keputusan pemeriksaan ECG dan darah,” katanya dalam sms kepada Malaysikini ketika ditanya perkembangan siasatan dalamanya yang dijadualkan pagi.

NONE Menurut Hata, beliau yang dalam perjalanan ke pejabat Utusan Melayu, di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur, tiba-tiba berasa sakit di dada.

“Rasa sakit ketika dalam perjalanan untuk ke perbicaraan siasatan dalaman menyebabkan tukar haluan terus ke hospital untuk buat pemeriksaan.

Sementara itu, anggota majlis esekutif NUJ, Hayat Sueet, berkata pihak pengurasan Utusan telah menunda sisatan dalaman hari ini berikutan perkembangan berkenaan.

Tarikh mendengar siasatan baru belum diputuskan, katanya.

Bagiamanapun menurut Hayat, pihak pengurusan memutuskan bahawa Hata hanya boleh diwakili oleh ahli NUJ dari cawangan Utusan dan bukannya mereka yang mewakili NUJ pusat.

Siasatan dalaman sepatutnya bersambung hari ini selepas ditangguhkan pada 17 Januari lalu kerana pihak pengurusan  menimbangkan sama ada membenarkan Setiausaha NUJ V Anbalagan mewakili Hata.

Hata dituduh menyindir pengurusan Utusan serta memburukkan imej syarikat berikutan komennya dalam pelbagai portal berita dan akhbar, termasuk Malaysiakini.

Selepas dipilih menjadi presiden baru NUJ, Hata membawa pendekatan berbeza berbanding penyandang sebelumnya Norlela Daud yang lebih 'diam'. Kesatuan itu mempunyai keanggotaan daripada kira-kira 1,300 wartawan.

Pandangan dan kritikannya - seperti isu pemilikan Umno, kejatuhan edaran akhbar dan 'kelemahan' pengarang Utusan - dilihat meresahkan banyak pihak, sehingga akhbar itu, memetik pihak tertentu, dilapor mempersoal sama ada Hata penyokong tegar pembangkang.

Jika dipecat, Hata bukan wartawan pertama dari Utusan yang akan menerima nasib sedemikian. Ini kerana pada 3 September 2009, Utusan turut menjalan siasatan, seterusnya memecat Presiden NUJ cawangan Utusan Amran Ahmad selepas didapati bersalah menfitnah syarikat itu susulan aduannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS