Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dialog Pemuda PAS saran runding pinda Interlok
Diterbitkan:  Jan 21, 2011 11:50 AM
Dikemaskini: 5:21 AM

Perbincangan berhubung novel Interlok anjuran Pemuda PAS akhirnya menemui kesepakatan untuk  membuat beberapa pindaan yang munasabah terhadap karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain itu.

NONE Bagaimanapun, menurut ketua penerangannya Suhaizan Kaiat ( kanan ), usaha itu hendaklah dibuat melalui panel yang menghimpunkan pakar budaya dan masyarkat India serta mendapat persetujuan pengarang terlebih dahulu.

"Pertemuan ini juga sekali lagi mempertegaskan bahawa tindakan membakar novel  Interlok  adalah suatu tindakan yang sangat tidak wajar dan boleh membawa ketidakharmonian antara kaum.

"Suatu pertemuan dengan menteri pelajaran akan di adakan dalam waktu terdekat bagi menyerahkan  hasil pertemuan ini  kepada pihak kerajaan," katanya yang bertindak sebagai moderator dalam pertemuan kedua anjuran Pemuda PAS di Bangi Kelmarin.

Pertemuan itu susulan yang pertama pada 13 Januari lalu melibatkan lebih sepuluh NGO, antaranya Seniman Paksi Rakyat Malaysia(PAKSI), Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM), Kesatuan Sekerja Dewan Bahasa dan Pustaka, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dan Makkal Sakti.

Dalam satu kenyataan, Suhaizan berkata, perbincangan pada Selasa lalu melibatkan golongan budayawan dan aktivis India itu turut menyarankan supaya Interlok (naskah pelajar) dimasukkan lampiran ulasan dan diperlengkap glosori sedia ada.

Dapatan tidak diketahui

Katanya, dalam pertemuan itu, setiap kumpulan membentangkan kertas kerja masing-masing dan terjadi perbincangan hangat sekitar cadangan mengugurkan Interlok daripada menjadi buku teks tingkatan lima.

"Setiap kumpulan mempunyai hujah masing-masing. Setiap kumpulan sangat mengormati antara satu sama lain," kata Suhaizan lagi.

NONE Sementara itu, ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, beliau juga memberitahu, usaha mewujudkan panel pakar itu hendaklah dilakukan oleh kerajaan, bukan oleh parti politik dan NGO lagi.

"Kita sudah selesaikan kerja kita," katanya sambil menambah perbicangan anjurannya minggu lalu itu adalah yang terakhir.

Ditanya kewajaran diadakan panel itu memandangkan kementerian pelajaran sudah menubuhkan panel sendiri untuk membincangkannya, Suhaizan menjawab:

"Masalahnya kita tidak tahu dapatan panel itu setakat ini, terima atau tak terima (cadangan).

Beliau berharap, sebarang proses perbincangan telus dan dimaklumkan kepada semua pihak berkaitan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS