Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak gentar untuk berdebat dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi ketua pembangkang itu terlebih dahulu perlu ‘menyelesaikan masalah peribadinya’, khususnya tuduhan liwat sebelum campur tangan dengan urusan lain.

najib having lunch "Kenapa saya harus takut berdebat dengannya? Saya adalah perdana menteri. Saya ada semua maklumat. Kalau saya dedahkannya... adoi... dia akan demam,” perli Najib sambil disambut gelak ketawa oleh lebih 7,000 peneroka di Felda Chemplak, Tenang hari ini.

"Perlukah saya berdebat dengannya? Tanya Najib dan kali ini disambut dengan jeritan “tidak” oleh para hadirin.

Anwar mencabar Najib supaya berdebat dengannya apabila perdana menteri memperlekehkan rancangan reform 100 hari Pakatan Rakyat yang dijadual dilaksanakan sekiranya mereka menawan Putrajaya.

"Nak tubuh kerajaan pada 16 September, tak tubuh lagi. Ini dah tahun 2011. Kita tunggu sehari demi sehari tak jadi, dia kata 30 anggota Parlimen dari BN (Barisan Nasional) nak seberang masuk pembangkang. Kita tengok-tengok, belek-belek mana dia 30, rupanya lima anggota Parlimen dia (pembangkang) (yang keluar) jadi (anggota) Bebas.

Kes liwat

"Tak payahlah debat, banyak hal lagi (Anwar) tak selesai,"katanya.

NONE Najib juga menafikan dakwaan kerajaan merancang memerangkap Anwar dengan menjadi dalang dalam kes liwat II yang membabitkan bekas timbalan perdana menteri itu.

"Bukan kerajaan yang membuat laporan polis. Saiful yang membuat laporan itu,” katanya merujuk kepada pengadu kes berkenaan Mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Anwar kata Saiful adalah budak pembancuh teh. Saya tidak tahu jenis teh yang dihidangkan. Mungkin the jenis khas,” kata Najib yang berkias dan sekali lagi disambut gelak ketawa hadirin.

“Ini adalah masalah peribadi. Dia ada masalah peribadi. Tolong selesaikan masalah peribadi anda sebelum membuat perkara lain,” kata Najib.

NONE Najib berkata Anwar tidak perlu bersusah payah memikirkan soal debat kononnya demi kebajikan rakyat kerana BN akan bertanggungjawab dalam memastikan soal kebajikan rakyat dipelihara.

Dalam perkembangan lain, Najib yang juga Presiden Umno melahirkan rasa terharunya atas sambutan warga Felda dan orang ramai khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

"Saya tak tahulah, tapi pengalaman saya ni, bila jumpa dengan orang ramai, bila dia bersalaman dengan kita, cara dia pegang tangan kita pun kita dapat rasa. Kita rasa macam genggaman tu ada 'current'. Ini bukan current lain, ini current sokongan rakyat pada BN.

Calon terbaik

"Inilah gambaran perjuangan kita, inilah rahmat kita, kita sokong BN, saya sebagai PM, Datuk Ghani Othman sebagai Menteri Besar Johor, kita akan terus bersama sebagai satu gandingan yang baik untuk perjuangkan nasib rakyat di Johor dan DUN Tenang secara khususnya," katanya.

NONE Sehubungan itu, Najib berkata adalah menjadi tanggungjawab pengundi  di Tenang untuk memastikan mereka memilih calon yang terbaik untuk kerusi itu pada pilihan raya kecil nanti bagi memastikan kesejahteraan dan keutuhan ekonomi dapat dikekalkan.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha, 59, dari BN pada 17 Dis tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis. Penamaan calon ditetapkan pada 22 Jan ini dan pengundian pada 30 Jan.

Normala Sudirman, 38, yang juga Ketua Muslimah PAS Labis telah dinamakan sebagai calon PAS untuk pilihan raya kecil itu manakala pengumuman calon BN akan dibuat oleh Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dijadualkan esok.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS