Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K'jaan digesa tubuh audit bebas siasat KTMB
Diterbitkan:  Jan 13, 2011 11:35 AM
Dikemaskini: 3:42 AM

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua hari ini menggesa supaya pasukan audit bebas ditubuhkan bagi menyiasat proses dan perjalanan perkhidmatan keretapi negara, Keretapi Tanah Melayu Berhad.

NONE Katanya, pasukan audit itu tidak seharusnya dijalankan oleh kerajaan sendiri tetapi harus merupakan audit bebas, seperti yang dimiliki oleh syarikat audit ternama.

"Kerajaan juga sepatutnya mengikuti prosedur yang sama seperti bekas Menteri Pengangkutan Ong Tee Keat yang melantik pasukan juruaudit dari PricewaterhouseCooper bagi mengaudit Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

"Inilah masanya kabinet untuk melihat masalah KTMB," kata Pua sambil menambah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) tidak mempunyai kuasa untuk menyiasat skandal berkenaan.

Menggunakan contoh kes terdahulu di mana tender untuk menaiktaraf keseluruhan sistem penjualan tiket di 56 stesen komuter KTM, yang menjadi persoalan, Pua berkata KTMB telah terperosok dengan tindakan yang meragukan selama beberapa tahun.

Bukan kali pertama

NONE "Ini bukan pertama kali KTMB menandatangani sesuatu yang boleh dipersoalkan. Mereka asyik mengulangi kesalahan sama dan ternyata silap.

"Ini bukan hanya isu banyak syarikat dengan sistem penjualan tiket tetapi ia juga berkenaan pembelian keretapi berkuasa diesel dan keretapi terpakai dari China.

Laporan Ketua Audit Negara turut menyebut KTMB juga telah menjual sebidang tanah yang bukan milik mereka.

"Sememangnya ada masalah yang menakutkan di sini dan ia nampaknya masih lagi tidak ditangani," kata beliau.

Ini katanya, memerlukan kepimpinan yang kuat dan keazaman politik untuk memeriksa KTMB secara keseluruhannya.

Dibelenggu hutang lapuk

Isnin lalu, Malaysiakini melaporkan kontrak KTMB bernilai RM100 juta telah dianugerahkan kepada syarikat yang tidak mempunyai kelayakan yang telah mengemukakan tawaran lebih tinggi berbanding pesaingnya.

azlan Sehubungan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerbu ke pejabat KTMB sebanyak dua kali berhubung kes tersebut, dan merampas dokumen-dokumen penting yang berkaitan dengan proses tender.

Dibelenggu dengan masalah hutang lapuk dan salah urustadbir, KTMB dengan jumlah hutang setinggi RM1.45 bilion pada tahun 2008 dan tidak berkeupayaan untuk melangsaikannya.

Menurut laporan Ketua Audit Negara 2009, KTMB dilaporkan merekodkan kerugian bersih selama tiga tahun berturut-turut sejak tahun 2006.

Sepanjang 1994-2008, KTMB memerlukan suntikan dana sebanyak RM760 juta dari kerajaan persekutuan bagi mempertahankan operasinya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS