Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lim: Utusan punca perpecahan kaum
Diterbitkan:  Jan 10, 2011 3:24 PM
Dikemaskini: 7:32 AM

Rakyat di Malaysia tidak pernah berpecah sebegini teruk seperti hari ini dalam sejarah 53 tahun negara merdeka melainkan 18 bulan di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri, kata pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

NONE “Semuanya kerana tidak lain dan tidak bukan dari Utusan Malaysia yang hampir setiap hari mempromosikan kepalsuan dan kebencian antara kaum dan memecahkan negara.

"Yang paling memeranjatkan selama 18 bulan yang lalu tidak ada sebarang usaha yang serius dibuat untuk memastikan Utusan Malaysia , sebagai media rasmi Umno, menyokong cita-cita 1Malaysia," kata Lim dalam satu kenyataan medianya.

Penuh hiprokit

Menurutnya, Utusan Malaysia adalah musuh nombor satu konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Najib kerana akhbar milik Umno itu menjadikan konsep berkenaan “kosong dan penuh hipokrit".

NONE “Walaupun Utusan terus menolak dasar 1Malaysia, namun tidak ada sebarang usaha dari kerajaan dan Umno untuk menyekat  pendekatan perkauman Utusan itu.

"Yang sedihnya, negara tidak pernah berpecah sebegini teruk dalam sejarah 53 tahunnya melaikan semasa 18 bulan di bawah Najib sebagai Perdana Menteri,” kata Lim.

                                    

Minggu lalu, setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang memfailkan saman ke atas Utusan Malaysia kerana mendakwa akhbar itu memfitnahnya dan DAP.

azlan Lim kesal kerana Utusan Malaysia terus melancarkan serangan berbau fitnah terhadap kerajaan pimpinanya tanpa menghiraukan jawapan yang dikeluarkan bagi menjelaskan keadaan sebenar kepada umum.

Bukan itu sahaja malahan Utusan juga didakwa bertanggungjawab melaga-lagakan kepimpinan DAP, PAS dan PKR supaya wujud persengketaan dalaman yang boleh menjejaskan perpaduan yang terjalin dalam Pakatan Rakyat.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS