Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Video porno Peterpan: Penjara 5 tahun?
Diterbitkan:  Jan 7, 2011 10:40 AM
Dikemaskini: 4:20 AM

Pihak pendakwa hari ini mencadangkan supaya mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan denda Rp250 juta atau tiga bulan penjara ke atas Ariel Peterpan kerana terbabit dalam pengedaran dalam video porno.

NONE "Menuntut tertuduh Nazriel Irham atau Ariel Peterpan ( kanan ) dengan penjara lima tahun penjara dan denda Rp250 juta," kata Timbalan Pendakwa Raya Rusmanto ketika membacakan tuntutan pihak pendakwa terhadap penyanyi itu di Mahkamah Daerah Bandung, Jawa Barat, semalam.

Rusmanto berkata kekasih Luna Maya itu terbukti melanggar Undang-undang No.44 Tahun 2008 Tentang Pornografi dan Fasal 282 Undang-undang Jenayah.  

Beliau juga memohon mahkamah agar Ariel tetap ditahan dalam penjara kerana kes itu telah menjadi isu nasional dan vokalis band Peterpan tetap enggan mengakui perbuatannya.

"Sebagai artis atau publik figur dia (Ariel) tidak memberikan contoh yang baik kepada masyarakat dan dia tidak mengakui perbuatannya. Video porno ini juga tersebar di dunia maya sehingga memudahkan masyarakat untuk mengaksesnya," kata Rusmanto.

Pihak peguambela Ariel yang kecewa dengan tuntutan berat oleh pihak pendakwa telah menyatakan kesediaan untuk mematahkan semua tuntutan pendakwa dalam kes pembelaan pada perbicaraan selanjutnya.  

Ariel dituduh mengedar video porno setelah dua rakaman video porno beliau dengan kekasihnya Luna Maya dan artis Cut Tary beredar bebas di internet sejak Jun 2010.

Tidak seperti Cut Tary yang telah mengakui bahawa video yang beredar itu adalah dirinya dan Ariel, hingga kini Ariel tidak mengakui sebagai pelaku dan pembuat video berkenaan.

Perbicaraan beliau yang bermula pada 22 Nov lalu akan diteruskan dengan pembelaan oleh Ariel diikuti dengan bantahan oleh pihak pendakwa sebelum mahkamah membuat keputusannya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS