Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kerajaan Selangor telah mengeluarkan dokumen tawaran bagi mengambilalih 100 peratus  aset konsesi syarikat konsesi air di negeri itu yang bernilai lebih RM9 bilion.

khalid ibrahim second visit to rawang new village 121010 02 Tawaran itu bagi membeli saham Puncak Niaga pada nilai RM64.62 sesaham, Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dengan nilai RM20.78 sesaham, Abass Sdn Berhad  RM9.39 sesaham dan dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dengan nilai. RM5.95 sesaham.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim ( tiga dari kiri ) berkata, pengambilalihan itu meliputi semua aset dan liabiliti syarikat.

"Kerajaan Selangor berpendapat tawaran ini adil dan wajar untuk pengambilaihan syarikat sejajar dengan komitmen kami untuk mengambilalih semua aset dan tanggungjawab syarikat.

"Ia juga akan memberi pulangan yang adil kepada pemegang-pemegang saham dalam syarikat terlibat," katanya.

Timbang tara antarabangsa

Bercakap pada sidang media di bangunan Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS) di Shah Alam, Khalid juga berkata, jika konsesi terbabit tidak bersetuju dengan cadangan itu, ia boleh dipanjangkan ke Timbang Tara Antarangsa (International Arbitration).

"Oleh kerana Timbang Tara Antarangsa tidak mempunyai kepentingan dalam industri air tempatan, ia boleh membuat keputusan bebas dan adil serta mengikut nilai pasaran yang dipersetujui kerajaan negeri dan syarikat konsesi," katanya.

Beliau juga mendedahkan, dokumen yang diserahkan hari ini juga mengiktiraf aset air negeri bernilai lebih RM10 bilion yang didakwa tidak pernah diambilkira oleh kerajaan terdahulu.

Menurut Khalid, tindakan itu berpandukan Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 dan Dasar Air Kebangsaan ekoran industri air sekarang berpecah-pecah dan perlu disatukan.

Tambahnya, masalah industri air berlaku kerana penswastaan air negeri telah gagal.

"Siri-siri rundingan dan tawaran ini menunjukkan komitmen kami untuk menyelesaikan masalah ini," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS