Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dakwaan rogol: Menteri digesa nafi jika tidak benar
Diterbitkan:  Jan 5, 2011 12:41 PM
Dikemaskini: 4:47 AM

Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendesak menteri yang dikaitkan dengan dakwaan rogol melibatkan pembantu rumah dari Indonesia supaya segera menafikannya sekiranya ia tidak benar.

Pada masa yang sama, AMK juga mendesak menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalankan siasatan menyeluruh demi membersihkan maruah negara.

Dan dalam waktu terdekat ini pula, AMK akan menghantar exconya untuk misi mendapatkan maklumat mengenai dakwaan tersebut, dengan mengunjungi Migrant Care dan Kedutaan Indonesia bagi mendapatkan fakta sebenar berkaitan kejadian tersebut.

pkr congress 281110 shamsul iskandar Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata angkatan itu memandang serius mengenai pendedahan tersebut yang kini heboh

diperkatakan didunia siber.

Beliau mendakwa isu tersebut berlaku pada 19 Februari 2007 dan mangsa dikatakan telah dipaksa mendiamkan perkara itu berikutan ugutan terhadapnya.

Shamsul juga mendakwa tiada tindakan diambil terhadap menteri berkenaan dalam kes yang berlaku sewaktu pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi lagi, untuk 'mengelakkan konflik serantau'.

"AMK yakin dan percaya, sekiranya dakwaan ini benar, isu ini membawa impak yang sangat buruk kepada kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Sri Najib Tun Razak," tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengingatkan mengenai kesannya terhadap kredibiliti dan integriti kabinet Najib yang mengekalkan seorang yang didakwa penjenayah seksual.

"Lebih parah, ia memberi kesan yang negatif kepada hubungan serantau Malaysia-Indonesia berikutan sikap 'duduk dan diam' oleh kerajaan Malaysia," tegasnya.

Sementara itu, seorang lagi ahli AMK, Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai Chegubard, dijadual membuat laporan polis mengenai perkara itu di Seremban hari ini.

Manakala ketua Wanita PKR yang juga ahli parlimen MP, Zuraida Kamaruddin yang dijadual mengadakan sidang akhbar mengenai isu yang sama, esok.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS