Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Risalah 'DAP anti-Islam' diedar di Tenang
Diterbitkan:  Jan 4, 2011 11:04 AM
Dikemaskini: 3:08 AM

Ketua PKR, Johor Datuk Chua Jui Meng mendakwa ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan taktik kotor menyebarkan risalah fitnah terhadap Pakatan Rakyat kepada penduduk Felda di kawasan kerusi undangan negeri Tenang dan kawasan sekitarnya, lapor TV Selangor .

pkr congress 271110 jimmy chua jui meng Chua berkata risalah berbentuk buku kecil bertajuk ‘DAP anti Islam’ dan 'Khawarij dan Politik PAS' yang diedarkan itu dianggap satu pembohongan besar.

"Ini satu pembohongan besar. Kalau nak kata DAP anti Islam. Saya dah lama kenal DAP. Mereka tak bodoh. DAP hormat orang Melayu, Lim Guan Eng sendiri telah banyak membantu orang Melayu di Pulau Pinang," katanya.

Sehubungan itu, Chua juga tidak menolak perbuatan itu sebagai taktik kotor Umno untuk kempen mempertahankan Tenang pada pilihan raya kecil akan datang.

Risalah ‘DAP anti Islam’ mengandungi nota yangmendakwa parti Cina yang mempunyai kerusi paling banyak di parlimen itu akan mengharamkan azan, majlis Maulidur Rasul dan seumpamnya jika Pakatan Rakyat memerintah.

Chua juga menyatakan kebimbangan mengenai taktik Umno yang cuba menghalang pemimpin Pakatan Rakyat daripada bertemu rakyat.

Semalam ceramah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim  di Tenang sekali lagi diganggu polis.

"Mungkin selepas ini pemimpin Cina tidak dibenarkan masuk ke kawasan Felda," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS