Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Wakil pertubuhan wanita hari ini mengecam pihak yang menyerang ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching brhubung "pakaian ketat" yang dipakainya ketika menyertai senamrobik anjuran sebuah masjid awal bulan ini.

Menurut pengarah eksekutif Empower, Maria Chin Abdullah perhatian kepada pakaian Teo merupakan bukti diskriminasi gender terhadap wakil rakyat wanita.

NONE "Ini adalah arus yang menyedihkan. Bahkan, kita dapat melihatnya berlaku sewaktu kempen pilihan raya umum di mana calon wanita menjadi sasaran serangan peribadi tentang bagaimana mereka berpakaian dan dengan siapa mereka bergaul.

"Ini terjadi dalam kes (ahli parlimen Seputeh) Teresa Kok, Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), dan Fong Poh Kuan ((Batu Gajah), yang terpaksa berdepan dengan komen rasis di Parlimen," kata Chin ketika dihubungi.

Khamis lalu, akhbar Utusan Malaysia melaporkan di muka depan bahawa Teo "buat hal" lagi dengan berpakaian ketat ketika menyertai senamrobik di tempat letak kereta sebuah masjid dalam kawasan pilihan rayanya.

Jawatankuasa masjid tersebut menjemput Teoh menyertai acara tersebut, yang merupakan sebahagian daripada sambutan Maal Hijrah anjuran mereka.

Teo menghadiri acara tersebut dengan mengenakan seluar panjang sukan dan baju-T putih.

"Mengapa sasar Teo?"

Presiden Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO), Meera Samanther bersetuju dengan Chin, dan bertanya mengapa Teo (di bawah) sering menjadi sasaran komen seperti itu.

teo nie ching uncensored 120908 03 Ahli parlimen Serdang itu sebelum ini menjadi bahan laporan Utusan

apabila akhbar itu menyiarkan di muka depan Teo memakai baju kebaya ketat dan tidak memakai tudung ketika hadir di sebuah surau Ogos lalu.

"Kenapa sasar beliau? Adakah kerana beliau seorang wanita, lantang dan ada kuasa?

"Kami kecewa dengan kenyataan seperti itu tapi saya mahu beritahu Teo bahawa memang ramai orang yang tidak puas hati seperti itu, dan beliau jangan pedulikan mereka dan teruskan jalan tugasnya," kata Samanther.

Kedua-dua aktivis hak wanita itu juga menegaskan bahawa Teo menghadiri acara tersebut sebagai tetamu jemputan jawatankuasa masjid tersebut yang tidak ada masalah pun dengan pakaian yang dipakainya.

ADS