Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
1,000 siswa berhimpun di PJ pada 1 Jan
Diterbitkan:  Dec 29, 2010 4:40 PM
Dikemaskini: 10:47 AM

Kira-kira seribu mahasiswa merancang berhimpun di Dataran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 1 Januari ini bagi menunjukkan "persaudaraan bawah semangat patriotisme".

NONE Presiden Silidariti Malaysia (SMM) Shazni Munir Mohd Ithnin ( kiri ) berkata program itu antaranya bertujuan lebih mendekatkan diri kepada dunia aktivisme mahasiwa.

"Program ini diharap menjadi pemanas badan kepada program lain pada tahun depan," katanya sambil memberitahu ini kali pertama pihaknya menganjurkan program sebegitu.

Menurut Shazni juga, permit polis akan dipohon hari ini bagi menjalankan program yang dinamakan Himpunan Mahasiswa untuk Malaysia.

Sementara itu, dalam satu kenyataan, seorang jurucakap Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) - penganjur bersama - Ahmad Shukri Kamarudin berkata, program lima jam bermula 8.30 pagi itu juga bertujuan memberikan mesej bahawa mahasiswa bersama-sama dengan masyarakat.

Selain itu, tambahnya, ia menujukkan bahawa segala tindakan mahasiswa hendaklah dibuat berdasarkan rasa tanggungjawab terhadap negara.

Katanya, program itu akan diisi dengan acara melakar kain rentang bertemakan Jalur Gemilang, "pidato mahasiswa berantai" dan pengisytiharan deklarasi mahasiswa 1.1.11 (1 Januari 2011).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS