Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pembunuhan kejam, ganas hangatkan 2010
Diterbitkan:  Dec 28, 2010 12:59 PM
Dikemaskini: 5:02 AM

Pembunuhan kejam dan ganas yang melangkaui pemikiran waras manusia normal hangat diperkatakan sepanjang tahun ini.

Berikut adalah antara episod tragis yang juga dianggap antara perlakuan jenayah paling ngeri dalam sejarah negara.

Pembunuhan Sosilawati Lawiya

* 30 Ogos - Jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi terdiri daripada pemandu peribadinya Kamaruddin Shamsudin, 44; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham  Mohammad, 38; dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang selepas ke Banting, Selangor  atas urusan pembelian tanah.

azlan * 9 dan 10 September - Polis menahan lapan suspek berusia 19 hingga 41 tahun termasuk dua peguam adik beradik dan pekerja Ladang Gadong, Jalan Tanjung Sepat, Morib.

* 12 September - Polis mengesahkan Sosilawati dan tiga yang lain menjadi mangsa pembunuhan kejam di Ladang Gadong. Siasatan lanjut mendapati selepas dibunuh, mayat mereka dibakar manakala abu dibuang ke sebatang sungai berhampiran.

* 15 Oktober - Dua daripada suspek dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Teluk Datok atas tuduhan melupuskan bahan bukti dengan membakar mayat dan membuang abu keempat-empat mangsa.

Pembunuhan di Gemencheh

* 5 Januari - Rasidi Ismail, 34, membunuh adik perempuan, bapa, datuk dan neneknya di kediaman keluarganya di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan.

- Mayat Atan Daud, 90, dan isterinya Sutiah Katas, 80, Ismail Awang, 76, dan

Siti Khadijah Ismail, 22, ditemui sama ada dipenggal, ditikam atau anggota mereka putus dalam serangan ganas menggunakan parang.

-  Rasidi memenggal kepala Ismail sebelum menanamnya di tanah perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam.

* 7 September - Rasidi dibebaskan daripada pertuduhan membunuh empat anggota keluarganya setelah didapati tidak waras semasa melakukan perbuatan itu.

Dera kanak-kanak sehingga mati

* 25 Februari - Syafiah Humaira Sahari, 3, didera dengan tendangan dan pijakan menggunakan kasut bola oleh teman lelaki ibunya Mohd Fazli Azri Jamil sehingga menyebabkan kematiannya di Ulu Yam Lama, Batang Kali.

- Kanak-kanak itu dilaporkan meninggal dunia akibat pendarahan otak dan mengalami kerosakan buah pinggang, akibat dihentak dan ditendang dengan kuat oleh suspek.

* 22 September - Mohd Fazli dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

* 4 Mac - K Haresvarran, 18 bulan, dipijak yang menyebabkan tulang rusuknya retak selain hatinya pecah ketika berada di taman permainan di Pangsapuri Vista Damansara, Jalan Kenanga, Kampung Sungai Ara, Petaling Jaya.

- Kanak-kanak malang itu dipercayai didera oleh suami kepada bekas penjaganya yang merupakan seorang kelindan lori berusia 33 tahun di sebuah taman permainan di Pangsapuri Seri Ara, Damansara.

Pembunuhan Siti Mazni Abdul Rahman

* 17 Disember - seorang gadis tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Putera, Tongkang Pecah, Siti Mazni Abdul Rahman,14, ditemui mati di ladang kelapa sawit yang terletak 150 meter dari rumahnya di Batu Pahat, Johor.

- Mayatnya ditemui dengan kesan tikaman di bahagian hadapan badannya dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya disorok di bawah timbunan daun-daun kelapa sawit di ladang berkenaan.

- Siti Mazni dilaporkan hilang dua hari sebelum itu apabila dia tidak pulang ke rumah selepas memberitahu neneknya Mailiah Idris, 62, yang dia keluar untuk berjumpa dengan rakan-rakannya.

* 19 Disember - Lima orang termasuk empat pelajar ditahan berkaitan kejadian itu.

--Bernama

ADS