Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKR mahu Gobalakrishnan tutup mulut
Diterbitkan:  Dec 27, 2010 12:16 PM
Dikemaskini: 5:07 AM

Naib presiden baru PKR N Surendran mengeluarkan amaran keras terhadap ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan supaya berhenti mengkritik pemimpin parti tersebut.

Surendran juga berkata PKR tidak akan bertolak ansur terhadap tindakan seperti yang dilakukan Gobalakrishnan yang mengeluarkan kenyataan "tidak wajar, tidak produktif dan tidak berasas" terhadap pemimpin parti.

n surendran "Saya menyeru kepada YB Gobalakrishnan untuk menghentikan segala serangan tidak berasas kepada parti pada kadar segera.

"Jika tidak, kita tidak boleh menolak kemungkinan rakyat mengandaikan tindakan beliau itu adalah semata-mata untuk memprovokasi parti agar tindakan disiplin diambil ke atas beliau.

"Matlamat beliau (adalah) untuk mendatangkan bahana kepada parti sebelum meninggalkannya.

"Di saat PKR mengalu-alukan sebarang diskusi yang konkrit dan menguntungkan, kita juga tidak bertoleransi ke atas serangan tidak berasas kepada kepimpinan parti," kata Surendran dalam satu kenyataan.

NONE Gobalakrishnan merupakan salah seorang calon naib presiden yang tewas dalam pemilihan itu manakala Surendran pula merupakan antara tiga orang dilantik secara rasmi ke jawatan berkenaan pada 18 Disember lalu.

Berikutan itu, Gobalakrishnan bertindak menyerang pemimpin parti itu termasuk ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui tulisan di laman Twitter .

Dilaporkan, Gobalakrishnan antara lainnya menulis bahawa beliau tidak terkejut dengan keputusan parti itu dalam menentukan kedudukan untuk salah seorang calon timbalan presiden Mustaffa Kamil Ayub yang turut kecundang dalam pemilihan lalu.

Gobalakrishnan dalam tulisannya berkata Anwar mahu "menamatkan" Mustaffa dengan melantik bekas pengerusi PKR Perak itu ke jawatan ahli biro politik dan juga ke jawatan ketua biro latihan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS