Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
JAIS cadang wujudkan pusat tahanan ajaran sesat

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mencadangkan supaya pusat tahanan ajaran sesat diwujudkan di negara ini.

Ketua penolong pengarah bahagian pengurusan penguatkuasaan JAIS Mohamad Rais Rasid berkata, pihaknya bimbang ajaran sesat akan disebarkan golongan ini sekiranya ditempatkan bersama banduan yang lain.

NONE "Mereka (pengikut ajaran sesat) sepatutnya diasingkan dan tidak berkongsi sel dengan banduan yang lain  kerana kita bimbang golongan ini  akan mempengaruhi akidah mereka (banduan) kelak.

"Biarlah mereka ditempatkan bersama-sama dengan mereka (pengikut) sahaja," katanya kepada Malaysiakini di ibu pejabatnya, petang tadi.

Menurut Mohamad Rais, antara kumpulan yang didapati sesat setakat ini adalah penganut Syiah.

Mengulas lanjut, Rais berkata, dengan adanya pusat tahanan ini akan menjadi pusat pemulihan bagi mereka dan tidak payah JAIS  hendak menghantar mereka ke penjara.

Kelam kabut

“Kalau tidak ada pusat pemulihan ini, kita  (JAIS) menghadapi situasi dalam dilema, kalau nak ikut ada seorang pemimpin ajaran sesat pernah dibawa ke pusat tahanan jel, kita jadi kelam kabut.

“Kita bimbang beliau akan menyebarkan ajaran sesat kepada banduan lain dan sehingga kini kita tidak tahu di mana beliau berada,” katanya merujuk kepada pemimpin ajaran sesat Kahar.

Bagaimanapun, tambahnya, butiran lanjut berhubung cadangan itu belum dapat dimaklumkan kerana ia masih di peringkat awal.

Sementara itu, mengulas perkembangan ajaran sesat di negeri itu, Penolong pengarah Perancangan dan Strategik JAIS Nasrul Hadi Rohani pula berkata kebanyakan pengikut ajaran sesat di negara ini hanya meniru dan ikut–ikutan sahaja.

Menurutnya, kebiasaannya  sesetengah mereka  mempunyai minat untuk mendalami ilmu agama secara mendalam dan mengkaji bersendirian.

NONE “Tetapi akhirnya mereka berjumpa dengan silap tenaga pengajar (sesat) saluran yang salah, oleh itu kita galakkan mereka supaya belajar agama di surau dan masjid kerana tenaga pengajar  diberikan tauliah oleh JAIS.

“Itu sepatutnya yang mereka cari, ini tidak mereka rasa kurang bertanya kawan dan kemudiannya kawan bertanyakan kepada kawan yang lain, itu yang jadi sesat kerana tidak merujuk kepada sumber yang betul,” katanya.

Menurutnya, cara selamat untuk masyarakat di luar sana mengatasi ajaran sesat dan terpesongnya akidah adalah kembali ke surau dan masjid.

“Kalau dahulunya trend pembelajaran di surau dan masjid hanyalah fardu ain tetapi kini lebih meluas sampai kepada siasahnya. 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS