Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Dua puluh lima orang ditahan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) - meningkat daripada 10 orang tahun lalu, demikian menurut Gerakan Mansuhkan ISA hari ini.

NONE Dalam satu sidang akhbar, presiden GMI, Syed Ibrahim Syed Noh berkata mereka termasuk lapan pegawai imigresen dan seorang rakyat asing yang ditangkap pada 13 Oktober.

"Kami mengesyaki kerajaan mempunyai agenda tersembunyi. Ini mungkin menekan dan mengancam 'ikan kecil' daripada mendedahkan penyangak sebenarnya," katanya.

Syed Ibrahim berkata, ini bukan kes pertama, kerana pegawai Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen, pernah ditahan sebelumnya, yang menurutnya, untuk menghalang mereka memberi keterangan di mahkamah untuk mendedahkan sindiket jenayah.

Undang-undang, dakwanya, juga telah digunakan untuk penganiayaan keagamaan seperti dalam kes serbuan terhadap sebuah kelas agama di Sg Cincin, Gombak di Selangor.

Menurutnya, perintah penahanan selama 60 hari dikeluarkan terhadap 10 orang yang menghadiri kelas tersebut. Bagaimanapun, sembilan rakyat asing kemudianya dihantar pulang ke negara masing-masing.

Manakala satu-satunya rakyat Malaysia dalam kumpulan tersebut, Azzahari Murad, telah dikenakan Perintah Kediaman Terhad selama dua tahun.

[Baca berita penuh]

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS