Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Seramai 16 orang pengikut Syiah gagal hadir memberi keterangan kepada pegawai siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

sejak proses itu bermula 16 Disember lalu.

Penolong Pengarah Perancangan dan Strategik Bahagian Pengurusan Penguatkuasaa JAIS Sharom Maarof berkata, mereka gagal hadir pada 16 Disember (seorang), 17 Disember (seorang) 20 Disember (7 orang) dan 21 Disember (7 orang).

Hanya seorang hadir dalam proses merakamkan keterangan hari ini, tambahnya.

NONE "Kita telah menghantar notis hadir kepada 128 pengikut Syiah yang ditahan di Gombak untuk memberikan keterangan (hadir) pada tarikh mereka ditahan 15 Disember lalu.

"Ada antara mereka yang hadir awal daripada tarikh notis diberikan dan memberikan keterangan kepada pegawai siasatan JAIS.

"Selebihnya (16 orang) sekiranya mereka gagal hadir pada keesokan harinya, mereka akan dikenakan tindakan mahkamah," katanya kepada Malaysiakini petang tadi.

Setakat hari ini, seramai 102 daripada 128 pengikut Syiah yang ditahan oleh JAIS telah disoalsiasat kerana didakwa terlibat dalam ajaran tersebut.

Isu Syiah mula meletus apabila seramai 128 pengikut Syiah ditahan di sebuah rumah kedai di Taman Seri Gombak, Batu Caves pada Rabu lalu, dipercayai tangkapan terbesar melibatkan pengikut ajaran itu.

Berhubung pendakwaan pula, Sharom berkata, pihaknya akan menghantar laporan kepada pendakwa raya pada minggu hadapan bagi sebutan kes di mahkamah.

"Mereka yang gagal hadir akan dikenakan tindakan saman mahkamah," katanya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS