Pemuda PAS berharap pihak berkuasa agama di seluruh negeri tidak hanya memantau blog dan laman web gay, sebaliknya memantau kegiatan itu secara keseluruhan kegiatannya yang didakwa semakin berleluasa.
"Setakat ini, kita selaku rakyat Malaysia masih belum pernah mendengar mana-mana masjid di Malaysia diberikan teks khutbah mengenai keburukan gay dan impaknya kepada negara," kata Ketuanya Nasrudin Hasan (kiri).
Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dilalaporkan berkata, semua perkara yang menyentuh soal agama dan akidah umat Islam di negara ini akan sentiasa dipantau oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), termasuk laman blog gay.
Dalam kenyataaan hari ini Nasrudin juga mendesak agar pihak-pihak berwajib memantau premis-premis yang dimiliki oleh golongan tersebut.
"Selain itu, pihak Jakim sepatutnya perlu memantau segala jenis hiburan yang terdapat di negara kita," katanya sambil menyatakan kekesalan terhadap penganjuran konsert artis gay Adam Lambert di Kuala Lumpur sebelum ini.