Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pusat maju jadikan Pulau Pinang hab terpilih
Diterbitkan:  Dec 20, 2010 12:14 PM
Dikemaskini: 6:01 AM

Kerajaan Persekutuan akan memajukan Pulau Pinang sebagai sebuah hab yang terpenting di rantau ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Perdana Menteri berkata pembangunan di Pulau Pinang akan menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan demi kepentingan negara.

NONE "Kerajaan Persekutuan akan menjadikan Pulau Pinang satu hab pilihan di rantau ini. Beberapa strategi pembangunan untuk merangsang ekonomi dan menyediakan peluang pekerjaan sedang membawa kita ke arah matlamat ini," katanya  pada upacara memecah tanah projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas di George Town, Yang turut dihadiri Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Najib berkata 10 projek infrastruktur yang dikenal pasti termasuk pembesaran lapangan terbang itu, Pelabuhan Pulau Pinang dan Jambatan Pulau Pinang, pembinaan jambatan kedua dan pengwujudan koridor raya multimedia.

"Kesemua inisiatif ini bukan saja menggerakkan pelbagai aktiviti ekonomi tetapi juga menyokong objektif negara untuk meningkatkan pendapatan daripada pelancongan daripada RM53 bilion pada 2009 kepada RM168 bilion menjelang 2020," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS