Pasca pemilihan Majlis Pimpinan Tertinggi, barisan kepemimpinan baru PKR yang diumumkan hari ini menyaksikan kemunculan beberapa muka baru.
Pengumuman hari ini bagaimanapun tidak banyak menyaksikan pelantikan dari kem timbalan presiden Azmin Ali seperti spekulasi sebelum ini.
Bagaimanapun, ia tetap menarik perhatian apabila peguam hak asasi N Surendran ( atas, kanan ), 44, dilantik ke jawatan naib presiden. Surendran tidak menawarkan diri sebagai calon dalan pemilihan yang baru-baru ini.
Selain itu, dua lagi jawatan naib presiden diisi bekas menteri kesihatan Datuk Seri Chua Jui Meng ( kiri ) dan ketua PKR Sarawak Baru Bian ( kanan ).
Pelantikan turut melibatkan calon yang tewas dalam pemilihan, termasuk bekas calon ketua AMK Badrul Hisham Shaharin ( bawah, kiri ) ke jawatan timbalan setiausaha agung.
Mustaffa Kamil Ayub ( kanan ) yang tewas dalam perebutan jawatan timbalan presiden kini dilantik menjadi ahli biro politik dan juga ke jawatan ketua biro latihan.
Orang-orang kuat Anwar seperti Rafizi Ramli ( bawah, kiri ) dan ADUN Jerejak Sim Tze Tsin pula masing-masing kini menjawat kedudukan pengarah strategik dan timbalan ketua penerangan.
Di samping itu, peguam Latheefa Koya ( kanan ) dilantik mengetuai biro perundangan yang baru ditubuhkan, manakala Dr Mohd Nor Manuty dilantik sebagai ketua penerangan.
Pengarah pilihan raya yang sebelum ini diisi oleh Fuziah Salleh kini diambil alih oleh Azmin Ali.
Berikut senarai penuh pelantikkan
Setiausaha agung
Saifuddin Nasution Ismail
Naib presiden
Chua Jui Meng
Baru Bian
N Surendran
Bendahari
William Leong
Pengarah penerangan
Dr Mohd Nor Manuty
Pengarah komunikasi
Nik Nazmi Nik Ahmad
Pengarah strategi
Rafizi Ramli
Pengarah biro perundangan
Latheefa Koya
Pengerusi jawatankuasa disiplin
Dr Tan Kee Kwong
Ahli biro politik
Syed Husin Ali
Khalid Ibrahim
R Sivarasa
Dr Xavier Jayakumar
Tan Yee Kew
Mustaffa Kamil Ayub (juga pengarah biro latihan)
Timbalan setiausaha agung
Badrul Hisham Shaharin
T Kumar
Steven Choong
Ignatius Darell Leiking
Timbalan pengarah penerangan
Sim Tze Tzin
Animah Ferrar
Ir Muthiah
Jawatan negeri akan diumumkan dalam tempoh seminggu selepas rundingan dengan ketua-ketua cawang.