Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Allahyarham berjasa, berdisiplin
Diterbitkan:  Dec 17, 2010 3:31 PM
Dikemaskini: 7:59 AM

"Beliau seorang yang penyayang walaupun mukanya nampak garang," kata Ketua Wanita Umno Bahagian Labis, Haslinda Salleh, merujuk kepada ADUN Johor kawasan Tenang Datuk Sulaiman Taha yang meninggal dunia awal hari ini.

Katanya pemergian Sulaiman merupakan satu kehilangan kepada parti dan juga seluruh penduduk setempat kerana Allahyarham merupakan seorang wakil rakyat yang sangat berjasa kepada rakyat.

"Allahyarham menekankan disiplin dalam kerja," kata Haslinda yang mengenali Allahyarham sejak menjadi anggota Puteri Umno.

Sulaiman, 59, yang juga Ketua Umno Bahagian Labis, meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri di Kuala Lumpur pada 1.10 pagi tadi akibat komplikasi daripada penyakit kencing manis.

Speaker DUN Johor Datuk Mohd Ali Hassan menyifatkan Sulaiman sebagai seorang wakil rakyat yang berwibawa dan sentiasa mengemukakan masalah rakyat kawasannya dalam persidangan Dewan.

"Bukan sahaja dalam Dewan, Allahyarham akan membawa juga sebarang masalah berkaitan rakyat kepada menteri mesar Johor," katanya.

Mohd Ali berakta beliau telah lama mengenai Sulaiman dan jasa Allahyarham kepada masyarakat setempat dan parti terlalu banyak.

Anggota Parlimen Labis, Chua Tee Yong, berkata antara sumbangan Allahyarham terhadap penduduk Labis ialah membangunkan Pusat Rekreasi Ayer Panas Labis, dua buah dewan komuniti dan perpustakaan di Tenang Stesen.

"Dari segi perkhidmatan, Allahyarham merupakan seorang yang jujur dalam menjalankan tugasnya. Terlalu banyak jasa beliau yang tidak dapat digambarkan," katanya.

- Bernama

ADS