Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dewan Rakyat: Kecoh di dalam, tegang di luar...
Diterbitkan:  Dec 16, 2010 11:13 AM
Dikemaskini: 11:41 AM

Dewan Rakyat hari ini terus kecoh sebelum usul bagi menggantung empat ahli parlimen Pakatan Rakyat termasuk ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diluluskan.

NONE Anwar dan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia terus bertikam lidah dengan ketua umum PKR itu menuntut hak untuk membela diri berhubung dakwaannya yang mengaitkan gagasan 1Malaysia dengan firma perhubungan awam Apco Worldwide.

Pandikar berkata Anwar telah diberikan seminggu untuk menjawab dakwaan berkenaan dan kenyataannya itu mencetuskan kemarahan daripada ahli parlimen pembangkang.

Ahli parlimen Gombak Azmin Ali terus bangkit dan menafikan bahawa Anwar diberi peluang membela dirinya.

Hari ini adalah hari terakhir sidang parlimen sesi ini dan 11 rang undang-undang yang sepatutnya dibahaskan telah tunda pada sidang baru yang dijadualkan pada Mac depan.

Di luar bangunan Dewan Rakyat, terdapat anggota polis yang luar biasa ramainya serta sekurang-kurangnya lima kereta peronda mengawal keadaan.

Dianggarkan kira-kira 40 anggota polis berada di sepanjang jalan menuju pintu pagar parlimen.

Sekatan polis juga  dibuat kira-kira 20 meter daripada pintu masuk parlimen.

LAPORAN LANGSUNG

11.43am: Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar berkata perarakan akan diadakan dari bangunan Parlimen ke ibu pejabat Suhakam, yang terletak kira-kira dua kilometer.

Namun, kira-kira 40 anggota polis berada dalam keadaan bersiap-sedia. 

11.33am: Hujan renyai di luar bangunan Parlimen.

11.32am: Perbahasan mengenai usul kedua dimulakan oleh Abdul Rahman Dahlan (Umno-Kota Belud).

Beliau menuduh ketiga-tiga ahli parlimen itu membuat interpretasi Peraturan Dewan mengikut agenda politik mereka.

11.30am: Nazri mengusulkan usul kedua untuk menggantung tiga lagi ahli parlimen - R Sivarasa (PKR-Subang), Azmin Ali (PKR-Gombak) and Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor). 

11.29am: Ahli parlimen pembangkang melaungkan "Bohong, Bohong!" Anwar meninggalkan Dewan dan diikuti oleh semua ahli parlimen pembangkang.

11.25am: Pandikar memutuskan untuk menguatkuaskan Peraturan  44. Beliau mengarahkan setiausaha dewan untuk membekalkan setiap nama ahli parlimen yang mengengkarinya supaya mereka juga boleh dihgantung.

11.28am:

Pandikar mengugut untuk mengadakan undian tanpa perbahasan. Azmin Ali (PKR-Gombak) menuntut untuk tahu peraturan mana yang akan digunakan oleh speaker untuk mengadakan undian tanpa perbahasan.

Pandikar kemudian memutuskan undian dijalankan tanpa perbahasan. Usul menggantung Anwar diluluskan dengan suara majoriti.

NONE 11.20am: Pandikar mengarahkan Khairy supaya meneruskan perbahasan mengenai usul berkenaan tetapi laungan "Apco-Umno" terus menenggelamkan suaranya.

Sepanduk sekali lagi dinaikkan dan ada ahli parlimen yang menjerit "mentaliti buruk".

11.17am: Sivarasa (PKR-Subang) mendesak speaker Pandikar supaya  “undur diri” kerana percanggahan kepentingan dalam isu berkenaan.

Beliau disokong oleh M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) yang juga berkeras mahu Pandikar mengundurkan diri dan mempersoalkan sama ada tindakan speaker itu kerana “kepentingan lain”.

11.08am: Pandikar mempersilakan Khairy Jamaluddin (Umno-Rembau) untuk memulakan perbahasan. Namun suaranya juga tenggelam. Ahli parlimen pembangkang menaikkan sepanduk dengan tertera perkara "kangarroo", "BN Sokong Apco", "Apco", "Selamatkan Dewan, Hidup Ketua Pembangkang." 

11.04am: Nazri mohon supaya Anwar digantung dari Dewan Rakyat. Namun suaranya timbul tenggelam akibat kekecohan dengan laungan “Apco-Umno” semakin lantang. Nazri berkata Anwar telah memperdayakan Dewan Rakyat berhubung isu Apco.

11am: Pemimpin parlimen BN, Dartuk Seri Mohd Nazri Aziz membentangkan usul untuk menggantung Anwar di sebalik protes daripada ahli parlimen Pakatan Rakyat yang terus menjerit "Apco, Apco". Ini memaksa Nazri menghampiri pembesar suara dan meninggikan suaranya namun terus ditenggelami oleh jeritan ahli parlimen pembangkang.

10.55am: Bantahan daripada pembangkang berterusan, Pandikar mencadangkan mereka membuat usul jika tidak berpuas hati dengan keputusan dan interprestasinya berhubung Peraturan Dewan.

Azmin terus bangkit lagi dan berkata, “Tetapi awak tidak mahu terima usul kami!”

Ahli parlimen Pakatan Rakyat yang lain kemudian menjerit  “Apco-Umno” berulang-kali dan menaikkan sepanduk untuk menunjukkan rasa tidak puas hati mereka.

Galeri Foto


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS