Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Dua ahli parlimen pembangkang yang menganggotai Jawatankuasa Hak dan Kebebasan - Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor)) dan R Sivarasa (PKR-Subang) akan mengeluarkan “laporan minoriti” mengenai siasatan jawatankuasa itu terhadap tindakan ketua pembangkang itu mengaitkan gagasan 1Malaysia dengan firma perhubungan awam Apco Worldwide.

NONE "YB Karpal Singh dan diri saya telah tidak hadir diri kami daripada prosiding jawatankuasa itu pada 3 Disember lalu. Tetapi kami akan menyerahkan laporan sendiri berhubung apa yang berlaku dalam jawatankuasa itu,” kata Sivarasa pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini.

Laporan 27 mukasurat itu, kata Sivarasa, adalah laporan menyeluruh dengan fokus terjurus kepada dua perkara.

Pertama, beliau dan Karpal tidak bersetuju dengan cara jawatankuasa itu menjalankan siasatan dan menyifatkannya sebagai pencabulan serius keadilan kerana Anwar tidak dibenarkan membela dirinya.

Kedua, laporan itu melihat kepada merit kes berkenaan dan kesimpulan mereka ialah Anwar tidak bersalah memperdayakan Dewan Rakyat berdasarkan hujah yang dimuatkan dalam laporan mereka itu.

Sivarasa bagaimanapun enggan mendedahkan kandungan laporannya sehingga speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia membuat keputusannya.

azlan "Saya telah hantar laporan ke pejabat speaker dan berharap laporan kami juga akan dibentangkan sebagai sebahagian daripada prosiding jawatankuasa, jadi ahli Dewan akan mempunyai kedua-dua laporan,” kata ahli parlimen Subang itu.

Jelasnya lagi, laporan berkenaan telah diserahkan kepada pegawai khas kerana Pandikar tidak berada di kamarnya.

"Bagi kami, ini adalah laporan kami. Ahli Dewan Rakyat mesti diberi peluang mendengar daripada kedua-dua pihak. Di Parlimen negara lain, intu adalah norma tetapi ini agak janggal bagi parlimen Malaysia. Tetapi kita sedang melalui masa yang berbeza,” hujahnya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS