Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jeffrey Kitingan keluar PKR Khamis ini?
Diterbitkan:  Dec 14, 2010 5:51 PM
Dikemaskini: 11:59 AM

Bekas naib presiden PKR Datuk Jeffrey Kitingan dijangka keluar dari parti itu pada Khamis ini, menurut beberapa sumber hari ini.

Satu sidang media khas telah diatur pada hari berkenaan bagi Jeffrey membuat pengumuman 'amat penting', kata mereka.

NONE Mereka berkata Jeffrey, yang juga bekas wakil rakyat Bingkor dan adik kepada presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, mungkin juga mengumumkan penubuhan sebuah pergerakan bagi meneruskan karier politiknya dengan menjangka pilihan raya umum mengejut tahun depan.

"Jeffrey ( kanan ) tidak undur dari politik...sebaliknya dia sedang meningkatkan perjuangan politiknya," kata sumber itu kepada Bernama.

Bagaimanapun, sumber itu enggan menyatakan sama ada pergerakan itu mempunyai kaitan dengan penubuhan blok politik ketiga dalam negara yang dikatakan diketuai oleh bekas tokoh PKR, Datuk Zaid Ibrahim.

Pemerhati politik melihat pengunduran Jefrrey sebagai tamparan hebat kepada cubaan PKR untuk memperkukuhkan kedudukan di Sabah, yang dianggap sebagai 'simpanan tetap' untuk BN.

- Bernama

ADS