Senarai kesilapan dan salah-laku ke atas parti-parti politik dan pencabulan hak asasi oleh kerajaaan sepanjang 2010 menunjukkan negara kini kembali ke era zaman Tun Dr Mahathir Mohamad, kata pertubuhan hak asasi manusia, Suaram.
Ketika mendedahkan laporannya - Civil and Political Rights Report 2010 hari ini, ahli jawatankuasa sekretariat, Hasbeemaputra Abu Bakar berkata pencabulan itu termasuk jumlah tangkapan yang tinggi ketika perhimpunan oleh rakyat dan kawalan ketat ke atas media yang menunjukkan ‘tanda-tanda dasar masyarakat tertutup’.
“Terdapat ruang yang sebegitu kecil bagi golongan yang menentang ataupun pandangan alternatif yang tidak sehaluan dengan kerajaan.
“Ini adalah masa yang getir; ia boleh bergerak kepada kedua-dua arah, tetapi Suaram berpandangan ia petanda bahawa era Mahathir ketika mengawal masyarakat kini kembali,” katanya.
[Baca berita penuh]