Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dr M pertikai keperluan beli pesawat pejuang baru
Diterbitkan:  Dec 8, 2010 5:08 PM
Dikemaskini: Dec 9, 2010 2:09 AM

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad hari ini mempertikaikan  keperluan kerajaan menggantikan pesawat tempur buatan Rusia, MiG-29 dengan pesawat baru.

NONE Dalam blognya, Mahathir berkata kerajaan seharusnya mengikut jejak langkah India yang hanya menaik taraf pesawat tempurnya dan tidak berbelanja jutaaan ringgit bagi membeli pesawat baru.

"Malaysia telah bekerjasama dengan India berkaitan pengubahsuaian pesawat buatan Rusia. Mungkin kita sepatutnya mengetahui apakah maksud sebenar menaiktaraf Sukhoi Su-30 dan MiG-29.

“Saya tidak pasti sama ada Malaysia menghadapi ancaman perang. Jika tidak, adalah lebih baik untuk hanya membaik pulih pesawat yang ada,” kata Mahathir.

Menurut beliau, berdasarkan laporan antarabangsa, India dikatakan akan menaik-taraf pesawat Sukhoi-30MKI milik negara itu manakala MiG-21 mungkin ‘dibersarakan’ namun MiG-29 akan dinaik-taraf.

Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini mendakwa pesawat MiG buatan Russia harus diberhentikan kerana kos penyenggaraannya semakin tinggi.

Mahathir sebelum ini  mengingatkan kemungkinan wujud orang tengah yang akan mengaut keuntungan berganda dengan keputusan untuk membeli pesawat tempur baru dan menjual yang lama.

Beliau juga berekata keputusan kerajaan menukar  pesawat MiG dipengaruhi oleh pihak yang berkepentingan sendiri.

russia military might 220808 04 Sebelum ini, Zahid memberitahu Dewan Rakyat bahawa penamatan perkhidmatan pesawat selama 10 tahun itu adalah kerana peningkatan ketara kos penyelenggaraan dan operasi pesawat buatan Rusia itu,

Kementerian Pertahanan dilaporkan menimbang untuk menggantikan pesawat MiG buatan Rusia  sama ada dengan  SU-35, FA-18 E/F Super Hornet, JAS Gripen, Eurofighter Typhoon, Dassault Aviation Rafael, F-16 C/D Block 52 atau F-15 Eagle.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS