Ketua BERSIH 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan mengingatkan pengundi agar berhati-hati dengan kemungkinan berlaku pemindahan pengundi secara tidak sah apabila Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) membuat persempadanan semula.
Menurut Ambiga, persempadanan semula itu dijangkakan pada Mac akan datang kerana yang terakhir dijalankan pada Mac 2003.
Lazimnya, SPR mengadakan persempadanan semula setiap lapan kali. Paling lewat, ia seharusnya dilakukan 10 tahun daripada tarikh yang terakhir.
Ambiga berkata persempadan semula yang terakhir dijalankan dengan buruk dan BERSIH semasa mesyuarat tiga jam dengan SPR telah membangkitkan isu itu, bulan lalu.
“Kita berkongsi kajian, menunjukkan beberapa slaid berhubung persempadanan semula 2003. Terdapat beberapa pola yang sangat menghairankan dengan beberapa penyempadanan kawasan pilihan raya bertindih dengan sempadan pihak berkuasa tempatan dan mewujudkan bentuk yang pelik,” katanya pada forum ‘Rakyat Menuntut Reform Pemilihan’ di Pulau Pinang semalam.
“(Apabila) kita bentangkan kepada SPR, mereka terkejut melihat betapa buruk (persempadanan semula) ia telah dilakukan.”