Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Saksi utama kes pembunuhan Aminulrasyid Amzah - Azamuddin Omar berkata kereta yang dinaikinya itu dihujani peluru pada kejadian 26 April lalu sehingga menyebabkan kematian rakannya itu.

NONE Menurut Azamuddin, kejadian berlaku semasa kereta yang dipandu Aminulrasyid cuba melarikan diri daripada pihak polis yang mengejarnya.

"Saya dengar bunyi tembakan 'pop, pop, pop, pop'," katanya pada perbicaraan Mahkamah Sesyen Shah Alam ketika disoal-balas oleh timbalan pendakwa raya, Idham Abd Ghani.

Azamuddin juga memberitahu mahkamah hari ini bahawa 12 das tembakan yang dilepaskan ke arah kereta yang mereka naiki dipelaskan dalam jangkamasa 12 saat.

Menurut beliau lagi, polis masih melepaskan tembakan walaupun selepas tembakan mereka mengenai Aminulrasyid, dan selepas kereta mereka terlanggar tembok dan berhenti, beberapa anggota telah menyerangnya dengan menendang kepala dan badannya.

Walaubagaimanapun, beliau menyatakan beliau berjaya melarikan diri dan terus kembali ke rumahnya.

Azamuddin memberitahu mahkamah, beliau tidak dapat mengecam anggota yang menyerangnya dan hanya dapat mengagak bilangan mereka dengan membezakan suara anggota-anggota berkenaan.

Azamuddin juga mempertikaikan kedudukan badan Aminulrasyid ketika dijumpai di kereta putih Proton Iswara selepas berlanggar dengan sebuah tembok ketika dikejar.

Remaja itu berkata kedudukan berkenaan jelas berlainan dengan apa yang dirakamkan oleh polis forensik.

NONE Kenyataan Azamuddin jelas bercanggah dengan apa yang diberitahu oleh saksi pendakwaraya, penyiasat tempat kejadian, Inspektor Mazli Jusoh sebelum ini yang mengatakan bahawa kedudukan terakhir Aminulrasyid adalah berlutut di luar pintu pemandu kereta dengan mukanya tercekup pada kerusi pemandu.

Menurut Azamuddin, kali terakhir dia ternampak badan rakannya terdampar di kerusi pemandu dengan kakinya masih di pedal di bawah kerusi.

Remaja berusia 15 tahun itu juga berkata dia tidak pernah melihat parang yang didakwa polis dijumpai dalam kereta itu selepas kejadian berkenaan.

Apabila ditunjukkan parang itu yang dikemukakan sebagai barang bukti, Azamuddin berkata: "Saya rasa memang takde.”

[Berita penuh menyusul]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS